Harga minyak dunia naik mendadak

Harga minyak dunia naik mendadak

Harga minyak mentah meningkat hampir AS$1 hari ini apabila pasaran memberi tumpuan kepada kekurangan bekalan menuju musim sejuk dan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 86 sen atau 0.9 peratus kepada AS$94.82 setong, manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS meningkat 86 sen atau 0.9 peratus kepada AS$91.25.



Data industri yang dikeluarkan semalam menunjukkan stok minyak mentah AS meningkat minggu lalu kira-kira 1.6 juta tong, berbanding jangkaan penganalisis penurunan kira-kira 300,000 tong.

Walau bagaimanapun, pasaran terus bimbang mengenai simpanan minyak mentah AS di hab penyimpanan utama Cushing, Oklahoma, jatuh di bawah paras operasi minimum.
Penyusutan selanjutnya di Cushing, titik penghantaran untuk niaga hadapan minyak mentah AS, juga boleh memberikan tekanan meningkat baharu ke atas pasaran minyak kerana ia akan menambahkan kekangan bekalan yang berpunca daripada pengurangan bekalan oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+).

“Harga minyak secara keseluruhan agak kukuh di tengah-tengah kekangan bekalan semasa,” kata penganalisis CMC Markets, Leon Li.

Beliau bagaimanapun berkata bahawa sokongan harga daripada pengurangan bekalan Russia dan Arab Saudi mungkin terhad menjelang akhir tahun.



“Data (ekonomi) dari negara-negara di Eropah dan AS baru-baru ini melemah…Harga minyak pada Oktober mungkin menunjukkan trend yang tidak menentu secara keseluruhan. Ia tidak mungkin melebihi AS$100 dalam jangka pendek, tetapi ia dijangka kukuh,” katanya.

Walaupun sesetengah penganalisis menjangkakan penyelenggaraan musim luruh bermusim kilang penapisan akan membantu membina sedikit stok minyak mentah, yang lain bimbang permintaan eksport yang tinggi boleh menarik banyak tong.

Sementara itu, penganalisis di ANZ Research berkata dalam nota pada Rabu bahawa larangan eksport Russia ke atas petrol dan diesel baru-baru ini bermaksud tekanan menaik ke atas permintaan minyak mentah daripada kilang penapisan.

Russia pada minggu lalu mengenakan larangan sementara ke atas eksport petrol dan diesel ke semua negara di luar lingkaran empat negara bekas Soviet berkuat kuasa serta-merta bagi menstabilkan pasaran domestik, tetapi kemudiannya mengurangkan sekatan.



Eksport produk yang telah diterima oleh Russian Railways dan Transneft boleh diteruskan, manakala petrol dan bahan api sulfur tinggi yang digunakan untuk bunkering akan dikecualikan daripada larangan berkenaan.

Walaupun kelembapan ekonomi AS lebih berkemungkinan daripada sebaliknya, Presiden Rizab Persekutuan (Fed) Minneapolis, Neel Kashkari berkata, terdapat juga peluang 40 peratus bahawa Fed perlu menaikkan kadar faedah ‘bermakna’ untuk tangani inflasi.

Kashkari menjangkakan kebarangkalian kira-kira 60 peratus bahawa Fed ‘berpotensi’ menaikkan kadar satu perempat lagi daripada mata peratusan dan kemudian mengekalkan kos pinjaman stabil ‘cukup lama untuk membawa inflasi kembali ke sasaran dalam tempoh masa yang munasabah.

Bank of England menamatkan kitaran pengetatannya dan berkemungkinan akan mengekalkan kadar bank pada 5.25 peratus sehingga sekurang-kurangnya Julai, demikian mengikut tinjauan ahli ekonomi oleh Reuters walaupun minoriti yang ketara berkata ia akan menaikkan lagi kadar tahun ini.



Kadar faedah yang lebih tinggi meningkatkan kos pinjaman, yang boleh memperlahankan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan permintaan minyak. BH

Harga minyak dunia naik mendadak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”

Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik



Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ

GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker