Bekalan sayur negara dlam keadaan kritikal

CAMERON HIGHLANDS: Kekurangan bekalan sayur sehingga 40 peratus ketika ini yang berlarutan lebih dua tahun sejak penularan pandemik Covid-19, dikhuatiri lebih parah pada Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Faktor utamanya adalah kekurangan pekerja yang begitu mendesak dalam sektor pertanian ketika ini sekali gus mempengaruhi harga sayur yang kadang-kala melonjak tinggi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Pertubuhan Pekebun-pekebun Sayur Cameron Highlands, Chay Ee Mong berkata, kekurangan pekerja dalam sektor pertanian ketika ini terutama di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands dianggarkan sebanyak 30 peratus.

“Kekurangan pekerja ini bukan sahaja membabitkan sektor pertanian, malah, semua sektor seperti perladangan, pembinaan dan perkhidmatan.

“Jadi, ketika ini, semua sektor saling tawar menawar gaji demi mendapatkan pekerja. Mana yang tawar gaji mahal di situlah pekerja akan pergi. Jadi, keperluan tenaga kerja memang sangat kritikal sekarang,” katanya di sini semalam.

Ee Mong berkata, faktor kedua disebabkan kos input yang terlalu tinggi seperti baja kimia, racun perosak, jentera kecil dan mesin-mesin serta bijih-bijih benih.

Beliau berkata, 80 peratus input dalam sektor itu adalah diimport kerana ia tiada pilihan disebabkan kualiti input tempatan kurang baik berbanding import.

“Kos input ini turut membabitkan soal gaji pekerja, dulu, kita bayar RM1,200 sahaja, tetapi majoriti ‘demand’ dan mahu gaji RM2,000, jadi kita tetap kena bayar, jika tidak mereka akan lari ke tempat lain.

“Kini dengan perintah gaji minimum RM1,500 yang akan dilaksanakan bermula bulan Mei ini, ia pasti akan lebih membebankan pengusaha sayur, pekerja pasti akan minta gaji tinggi,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, faktor seterusnya adalah cuaca yang dianggap ‘luar biasa’ ketika ini yang mana ia menjejaskan hasil pengeluaran sayur tempatan sehingga 40 peratus ketika ini.

“Sepatutnya pada bulan Mac ini cuaca panas, tetapi di Cameron Highlands ini, boleh dikatakan setiap hari hujan. Bukan sahaja hasil sayur berkurangan malah kualiti sayur pun terjejas,” katanya.

Selain itu katanya, kebergantungan pada ketika ini lebih kepada sayur tempatan kerana kos import terlalu tinggi disebabkan peningkatan harga bahan api dan krisis di Ukraine-Rusia.

“Sayur seperti halia, cili merah, ubi kentang, bawang besar, brokoli, lobak merah tetap diimport juga tetapi disebabkan kos import tinggi, apabila sampai ke sini (Malaysia), orang mahu untung dan perlu jual dengan harga mahal.

“Disebabkan kebergantungan ketika ini lebih kepada sayur tempatan dan atas faktor bekalannya kurang, harganya berubah-berubah bergantung bekalan dan permintaan semasa,” katanya.

Berhubung harga sayur tempatan ketika ini, beliau berkata, sawi putih ketika ini dijual RM5 sekilogram, sawi hijau (RM6 ke RM7 sekilogram), cili kecil merah (RM15 sekilogram), kobis (RM1.50 sekilogram), tomato (RM2 sekilogram), terung panjang (RM5 sekilogram) dan kacang panjang dijual pada RM7 sekilogram.

“Peningkatan harga berlaku disebabkan kekurangan pekerja bukan sahaja di kawasan tanah tinggi malah di kawasan tanah rendah pun sama,” ujarnya. – UTUSAN

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR

Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup

S

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker