Semua pernah jadi kerajaan, semua gagal – Ahli Parlimen Pasir Gudang
Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) menyifatkan semua ahli parlimen yang pernah berada dalam kerajaan sebelum ini atau sedia ada gagal mewujudkan pengeluaran makanan yang terjamin untuk rakyat.
Ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini, dia membangkitkan isu bekalan ayam yang mencapai tahap kritikal di negara ini.
Menurutnya, kesalahan tersebut tidak sewajarnya diletakkan 100 peratus terhadap kerajaan sedia ada.
“Semua dalam dewan ini pernah jadi kerajaan. Jadi tak boleh nak salahkan kerajaan yang ada sekarang.
“Semua ni (ahli parlimen) bertanggungjawab bahawa kita gagal. Kita terpaksa akui kita gagal mewujudkan pengeluaran makanan yang terjamin – makanan (berkaitan bekalan) ayam ini.
“Bukan nak buat roket, bukan nak buat kapal terbang. Kita nak pengeluaran ayam. (Tapi) kita gagal,” katanya.
Katanya, meskipun pelbagai faktor luaran boleh mempengaruhi isu mengimport makanan ayam (dedak), seperti cuaca, bencana, perang di antara Rusia dan Ukraine, tetapi ia tidak berlaku di negara-negara Asia Tenggara lain.
“Persoalannya kenapa negara-negara yang lain di Asia Tenggara ini boleh mengeluarkan ayam dan boleh eksport ke negara kita sehingga kita terpaksa keluarkan AP (permit import) untuk beli daripada mereka.
“Jadi, ini adalah tanggungjawab kita bersama. Maknanya kita kena hadapi ini, kita kena selesaikan, industri ayam yang lumpuh sekarang.
“Saya sokong undang-undang ini, pindaan ini tapi saya percaya penyelesaiannya lebih setakat hanya kita membuat pindaan,” katanya.
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) hari ini memaklumkan isu kekurangan bekalan ayam dalam pasaran bermula sejak Oktober tahun lalu, apabila pengeluaran daripada ladang tempatan tidak mencapai kadar keperluan negara.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ahmad Hamzah, berkata data Jabatan Veterinar menunjukkan jumlah pengeluaran ayam bagi tiga bulan terakhir tahun lalu, tidak mencapai jumlah purata keperluan ayam di negara ini.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ketika PKR dikhianati, ada pemimpin pilih bercuti – Saifuddin
- Fizz Fairuz sedih dengan industri hiburan Malaysia
- Hutang kerajaan catat RM979.8 bilion, masih bawah had KDNK
- Tular lelaki bergaduh, saling menetak
- Mariupol dihujani bom, mayat bergelimpangan
- Pembuli jalan raya ditahan polis
- Pua, Kian Ming gagal dapat tempat pada pemilihan CEC DAP
- Guan Eng menangis, Anthony Loke diumum Setiausaha Agung DAP yang baharu
- Bayaran BKM Fasa 1 pada 28 Mac
- Vida, peliknya semakin menjadi-jadi
- Siapa yang curi van jenazah?
- Aksi panas, macam dah tak ada otak – Zul Yahya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri