Resepi nasi bukhari kambing sempoi

Resepi nasi bukhari kambing sempoi

Kedai nasi Bukhari memang terdapat di mana-mana kawasan di Arab Saudi. Di Malaysia pun kita boleh mendapatnya di restoren-restoren Arab dan Pakistan. Apa kata kita cuba buat di rumah pulak, senang jer. Jom cuba.

BAHAN-BAHAN:

1 kg beras basmathi
300 gm daging kambing
8 ulas bawang merah (hiris)
5 ulas bawang putih (hiris)
2 sm halia (hiris)
300 gm minyak sapi
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 helai daun pandan
2 tangkai daun sup
350 ml susu cair
Air secukupnya

BAHAN REMPAH:

3 sm kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Cara Menyediakan:

1.Panaskan minyak sapi dan tumiskan sekali dengan bahan rempah sehingga naik bau.
2.Masukkan bahan hiris. Tumis sehingga wangi.
3.Selepas itu masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih.
4.Masukkan daging kambing dan dua cawan air. Biarkan ia mendidih daging kambing empuk.
5.Setelah daging empuk, tuangkan susu cair dan air mengikut sukatan beras. Jangan lupa masukkan daun pandan, gula dan garam.
6.Setelah mendidih masukkan beras dan kacau sebati. Tanak sehingga masak.

Beras sebaiknya direndam selama sejam selepas dicuci bersih. Kemudian tuskan.

Resepi nasi bukhari kambing sempoi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR

Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker