Maklumat salah! WHO tegaskan Omicron bukan varian ringan dan yang terakhir
GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa terdapat maklumat salah berhubung varian Omicron, BA.2 yang tersebar sehingga menyebabkan salah faham meluas, lapor laman berita Wion News semalam.
Amaran itu dikeluarkan selepas jangkitan baharu global meningkat sebanyak lapan peratus pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.
Ketua Teknikal Covid-19 WHO, Maria Van Kerkhove menegaskan awal minggu lalui bahawa terdapat banyak maklumat yang salah di luar sana.
“Kita mempunyai sejumlah besar maklumat yang salah di luar sana. Maklumat salah bahawa Omicron adalah penyakit ringan, pandemik telah berakhir dan Omicron adalah varian terakhir yang perlu ditangani. Ini benar-benar menyebabkan banyak kekeliruan,’’ kata Kerkhove.
Pengarah Eksekutif WHO, Mike Ryan pula berkata, virus Covid-19 itu belum menjadi penyakit bermusim, manakala corak jangkitannya belum dapat diramal.
“Ia menular dengan mudah. Virus ini akan terus menular di seluruh dunia disebabkan penurunan tahap imuniti dan vaksin yang tidak bertindak secara sempurna untuk menangkis jangkitan.
“Begitulah cara virus berfungsi. Ia berjangkit dalam komuniti dan akan bergerak dengan cepat ke komuniti seterusnya yang tidak dilindungi,’’ kata Ryan.
WHO pada minggu lalu turut melaporkan lebih 11 juta jangkitan baharu di seluruh dunia dengan 43,000 kematian. Angka tersebut merupakan peningkatan kira-kira lapan peratus.
Untuk tiga minggu sebelumnya, jumlah kematian akibat Covid-19 telah berkurangan di seluruh dunia. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ketika PKR dikhianati, ada pemimpin pilih bercuti – Saifuddin
- Fizz Fairuz sedih dengan industri hiburan Malaysia
- Hutang kerajaan catat RM979.8 bilion, masih bawah had KDNK
- Tular lelaki bergaduh, saling menetak
- Mariupol dihujani bom, mayat bergelimpangan
- Pembuli jalan raya ditahan polis
- Pua, Kian Ming gagal dapat tempat pada pemilihan CEC DAP
- Guan Eng menangis, Anthony Loke diumum Setiausaha Agung DAP yang baharu
- Bayaran BKM Fasa 1 pada 28 Mac
- Vida, peliknya semakin menjadi-jadi
- Siapa yang curi van jenazah?
- Aksi panas, macam dah tak ada otak – Zul Yahya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri