Sosej beracun dijual berleluasa di Thailand

BANGKOK: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Thailand mengesan sejumlah sosej yang dijual di negara ini mengandungi jumlah asid nitrik dan asid benzoik pada tahap berbahaya.

Pemeriksaan itu dibuat selepas pihak berkuasa Thailand menerima laporan mengenai sejumlah kanak-kanak mengalami masalah darah selepas makan sosej.

Sehubungan itu, lebih 20 pengeluar makanan segera tersebut bakal didenda dan dikenakan penalti kerana menggunakan bahan kimia secara berlebihan untuk menghasilkan sosej.

Siasatan oleh FDA dilakukan selepas Pusat Racun di Hospital Ramathibodi mengkaji kes melibatkan 14 pesakit kanak-kanak di seluruh Thailand yang mengalami masalah methemoglobinemia atau gangguan darah yang boleh menyebabkan kematian selepas mereka makan sosej.

Pusat itu memaklumkan, kadar asid nitrik yang tinggi boleh menyebabkan methemoglobinemia.

Pihak berkuasa kesihatan melaporkan, kesemua kanak-kanak itu makan sosej di Chiang Mai, Phetchaburi, Saraburi, Trang, Phayao, Songkhla, Nakhon Si Thammarat, dan Kanchanaburi.

FDA kemudiannya mengambil sampel dari 102 jenama sosej dalam pasaran di seluruh Thailand.

Daripada 44 sampel yang diuji, 22 daripadanya didapati mengandungi kadar asid nitrik dan benzoik yang berlebihan.

“Sebanyak 22 sampel sosej mengandungi kadar nitrik yang digunakan sebagai pengawet makanan melebihi had dibenarkan iaitu 80 miligram bagi setiap sekilogram.

“Kesemua sosej itu dijual tanpa cop kelulusan FDA pada bungkusan dan dihasilkan dari kilang tidak berdaftar dengan FDA,” menurut laporan itu yang dipetik Nation Thailand.

Pengilang yang didapati menyalahgunakan kandungan nitrik boleh dipenjara dua tahun dan denda sehingga 20,000 baht (RM2,517).

Namun, laporan itu tidak menyebut jika keluarga kanak-kanak yang terjejas akan menerima pampasan.

Dalam pada itu, orang ramai dan peniaga dinasihatkan supaya menyemak setem rasmi FDA pada bungkusan makanan serta maklumat lain seperti pengilang, tarikh pembuatan, tarikh luput dan ramuan.

Bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya penggunaan nitrik secara berlebihan, FDA mengadakan latihan secara dalam talian menerusi laman Facebook pada 22 Mac ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor

Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker