Tarikh PRU-15, bila tiba masanya pucuk pimpinan akan putuskan

KUALA LUMPUR: Soal bila pilihan raya umum patut diadakan akan diputuskan secara rundingan melibatkan pucuk pimpinan Umno, kata Setiausaha Agung parti, Ahmad Maslan.

Beliau berkata perwakilan parti pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang bermula esok boleh berbahas mengenai persiapan parti menghadapi PRU15.

“(Tapi) bila waktunya (PRU) itu, kita minta pucuk pimpinan yang merundingkan itu,” katanya kepada FMT.

Soal ‘timing’ PRU 15 menjadi topik hangat susulan kemenangan besar Umno-Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor Sabtu lalu, tiga bulan selepas gabungan itu turut meraih kejayaan selesa pada PRN Melaka.

Kalangan pemimpin utama Umno dilaporkan mahu PRU15 disegerakan untuk meneruskan kebangkitan semula Umno setelah tewas pada pilihan raya umum 2018.

Bagaimanapun segelintar pemimpin parti dilihat berkongsi sentimen dengan pemimpin PAS dan Bersatu selain Pakatan Harapan (PH) yang tidak mahu PRU diawalkan, lebih-lebih lagi ketika wabak Covid-19 masih serius.

Selain persiapan PRU, Ahmad berkata PAU 2021 selama empat hari mulai esok dijangka turut mengupas isu ekonomi susulan negara ke arah memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor

Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker