Najib kemuka bukti baru, Mahkamah Persekutuan beri laluan

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa mendengar permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk memasukkan bukti baharu, membabitkan keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima hakim, mendengar permohonan Najib bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim; dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh.

Ketika prosiding rayuan akhir penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, bekas Perdana Menteri itu memohon untuk memasukkan bukti baharu dengan dakwaan keluarga Zeti Akhtar bekerjasama dengan Jho Low untuk menjatuhkannya.



Pada 7 Disember 2021, Mahkamah Rayuan di sini menolak permohonan Ahli Parlimen Pekan itu, untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu itu bagi dipertimbangkan dalam rayuan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya.

Ia selepas panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera mendapati Najib gagal menunjukkan bukti itu adalah perlu dan tiada keadaan istimewa bagi membolehkan ia diterima mahkamah.

Sehari kemudian, panel-panel itu sebulat suara menolak rayuan Najib dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib.

Pada 24 Januari, Najib menyatakan akan memfailkan permohonan supaya Queen’s Counsel (QC) dapat mewakilinya prosiding pendengaran rayuan akhir berhubung hukuman itu.



Queen’s Counsel ialah peguam kanan senior dan berpengalaman dari United Kingdom (UK).

Najib kemuka bukti baru, Mahkamah Persekutuan beri laluan

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor



Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker