39 Akuan Bersumpah Sokong Hasni Jadi MB Johor

39 akuan bersumpah sokong Hasni jadi MB Johor

JOHOR BAHRU: Seramai 39 bakal Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Hasni Mohammad sebagai Menteri Besar Johor ke-19.

Sumber Barisan Nasional (BN) memaklumkan, Hasni yang juga Pengerusi BN Johor dan Pengerusi UMNO Johor sudah menyembahkan SD berkenaan pada Sultan Ibrahim Iskandar, tengah malam Sabtu lalu.

“Seramai 39 daripada 40 bakal ADUN BN yang memenangi kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menandatangani SD itu. Hanya seorang sahaja tidak menandatangani SD itu membabitkan calon ADUN yang bertanding bagi penggal kedua di kawasan Johor tengah.

“Hasni pun sudah menghadap Sultan Johor selepas majlis pengumuman kemenangan BN tengah malam minggu lalu bagi menyembah maklum kejayaan parti meraih 40 kerusi sekali gus menyembahkan SD itu. Sudah tentu polemik pelantikan Menteri Besar ke-19 ini sangat mengejutkan Hasni kerana beliau mendapat sokongan hampir sebulat suara.

Pada PRN Sabtu lalu, Hasni menang dengan majoriti selesa lebih 5,000 undi mempertahankan kerusi DUN Benut mengatasi tiga pencabarnya, sekali gus menyumbang kepada 40 kerusi DUN diperoleh BN daripada keseluruhan 56 kerusi.

Ahad lalu, beliau dilapor akan dicadangkan sebagai calon tunggal Menteri Besar untuk mendapat perkenan Sultan Johor.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata nama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu akan dikemukakan kepada baginda untuk pertimbangan selanjutnya.

Ahmad Zahid tidak menyebut sebarang nama lain, berkata pencalonan tunggal sedemikian bertujuan memberi ruang kepada kestabilan pentadbiran kerajaan negeri dan jaminan terhadap pelbagai usaha pembangunan yang ingin dirintis.

Hasni menang dengan majoriti selesa lebih 5,000 undi mengatasi tiga pencabarnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berakhir Sabtu lalu. Pada 28 Februari 2020, Hasni sah menjadi Menteri Besar Johor yang ke-18 selepas mengangkat sumpah di hadapan Sultan Ibrahim.

Beliau menggantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-17 pada 14 April, 2019.

Bagaimanapun, ada dua nama disebut-sebut bakal dilantik menjadi Menteri Besar Johor, iaitu Datuk Onn Hafiz Ghazi, bekas EXCO Belia dan Sukan Johor yang juga pemenang kerusi DUN Machap dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi, yang menang DUN Rengit.-BH

39 akuan bersumpah sokong Hasni jadi MB Johor

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor

Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker