Mursyidul Am PAS akui terkejut, akan jumpa Khairuddin untuk dapatkan penjelasan

Mursyidul Am PAS Hashim Jasin akan mendapatkan penjelasan daripada Khairuddin Aman Razali berhubung permohonannya untuk keluar daripada parti itu.

Menurut Hashim, ini kerana Khairuddin sebelum ini berjanji tidak akan keluar daripada PAS.

“Dia janji dengan saya, apa pun yang jadi, dia tak akan keluar dari PAS. Ini menggemparkanlah apabila dia ambil tindakan begitu (keluar PAS).



“Tapi ikut janji dia, dia tak akan keluar daripada PAS. Jadi saya akan dapatkan penjelasan daripada dia sendiri,”

Khairuddin mengumumkan permohonan berhenti daripada menjadi ahli PAS dalam satu sidang media hari ini dan menjadi ahli parlimen bebas.

Ahli parlimen Kuala Nerus itu berkata surat berhubung perkara tersebut telah pun dikemukakan kepada setiausaha agung Takiyuddin Hassan, mengikut perlembagaan parti.

“Merujuk perlembagaan PAS, fasal 15 (1) (a) pemberhentian ahli dengan permintaan sendiri.



“Maka dengan ini saya Mohd Khairuddin Aman Razali pemegang nombor keahlian PAS 313899 memohon untuk berhenti daripada menjadi ahli PAS,” kata bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu.

Ditanya jika Khairuddin pernah berkongsi apa yang terbuku di hatinya, Hashim tidak mendedahkannya.

Bagaimanapun, dia berkata tindakan Khairuddin itu merupakan satu kehilangan dan menyuarakan penghargaan untuk segala pengorbanannya kepada PAS.

“Sedikit sebanyak (rasa kehilangan) dan terima kasih atas pengorbanan dia dalam jemaah ini,” katanya.



Ditanya jika dia akan cuba memujuk Khairuddin untuk menarik balik permohonannya, Hashim berkata ia bergantung kepada keadaan.

“Kita tengok keadaan macam mana,” katanya ringkas.

Dilihat sebagai pemimpin PAS yang lebih cenderung kepada Muafakat Nasional (MN), Khairuddin kebelakangan ini tampil mengkritik pendekatan parti termasuk langkah pemimpin yang menyerang Umno ketika PRN Johor.

Dia juga sebelum ini digugurkan daripada anggota jawatankuasa (AJK) PAS dan dipecat daripada jawatan setiausaha Majlis Syura Ulama PAS.



Mursyidul Am PAS akui terkejut, akan jumpa Khairuddin untuk dapatkan penjelasan

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker