Ketua Pejuang Johor, anak bekas MB antara 85 calon hilang deposit

SHAH ALAM – Seramai 85 calon mewakili pelbagai parti politik dan Bebas hilang wang pertaruhan selepas gagal memperoleh satu perlapan daripada jumlah undi keseluruhan bagi setiap kerusi dalam Pilihan Raya Negeri(PRN) Johor, pada Sabtu lalu.

Parti paling ramai hilang deposit adalah Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di mana semua 42 calonnya mengalami nasib sama termasuk Ketua Pejuang Johor, Datuk Dr Shahruddin Mohd Salleh yang bukan sekadar kalah teruk, malah hanya memperoleh 465 undi diDUN Machap.

Nasib sama turut menimpa anak sulung bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian iaitu Nornekman Osman yang gagal mempertahankan kerusi DUN Kempas dimenangi bapanya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) lalu.



Lebih malang lagi seorang calon Pejuang, Datuk Ibrahim Shafie, bukan hanya kalah teruk dan hilang deposit, malah hanya mendapat 86 undi di DUN Bukit Naning.

Turut menerima nasib sama ialah semua calon Parti Bangsa Malaysia (PBM) (empat calon) dan Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra) (seorang calon) yang julung kali bertanding pada PRN Johor kali ini.

Parti Warisan yang melebarkan sayapnya di Semenanjung dengan meletakkan enam calon, Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bertanding satu kerusi juga menerima nasib sama.

Tidak terkecuali menerima nasib sama ialah, tujuh wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Dewan Undangan Negeri (Dun) Sri Medan, Semarang, Tenggeroh, Pasir Raja, Johor Lama, Tanjung Surat dan Benut turut kehilangan deposit setelah gagal memperoleh satu perlapan atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.



Turut hilang deposit ialah empat calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding di Yong Peng, Layang-Layang, Mengkibol serta Paloh dan Pakatan Harapan (PH) di Endau, Panti, Sedeli dan Penawar.

Dalam pada itu, kesemua 16 calon Bebas yang bertanding di 12 DUN hilang wang pertaruhan dengan undi tertinggi sebanyak 2,190 undi menjadi milik Zahari Osman yang berhadapan pertandingan empat penjuru di Dun Penggaram.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor



Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker