Hanya nama Hasni calon Menteri Besar Johor

JOHOR BAHRU: Calon Menteri Besar Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad dijangka mengangkat sumpah dalam masa terdekat sebaik sahaja mendapat per­kenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Hanya nama Hasni yang memenangi semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kelmarin dikemukakan kepada Sultan Ibrahim.

Bagaimanapun, tarikh dan waktu upacara rasmi tersebut belum diketahui namun di­jangka diselesaikan minggu ini di Istana Bukit Serene, di sini bagi membolehkan Hasni membentuk senarai barisan Exco kerajaan negeri.



Sumber memberitahu, tiada nama lain selain Pengerusi BN Johor yang juga Pengerusi UMNO Johor itu dicadangkan sebagai Menteri Besar Johor.

“Tidak ada nama lain, memang Hasni seorang sahaja calon MB kita seperti yang Presiden (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) ulangi semalam (kelmarin) selepas BN mencatat kemenangan lebih dua pertiga,” kata seorang pemimpin UMNO yang enggan dinamakan.

Calon tunggal

Kelmarin, Ahmad Zahid berkata, Hasni akan dicadang­kan sebagai calon tunggal Menteri Besar untuk mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan nama beliau akan dikemukakan kepada baginda bagi pertimbangan selanjutnya.

Ahmad Zahid berkata, pencalonan tunggal itu bertujuan memberi ruang kepada kestabilan pentadbiran kerajaan negeri dan jaminan terhadap pelbagai usaha pembangunan yang ingin dirintis.



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan BN melakar kemenangan selesa de­ngan memperoleh majoriti dua pertiga apabila mendapat 40 daripada 56 kerusi DUN Johor, diikuti Pakatan Harapan (11 kerusi), Perikatan Nasional (3) dan masing-masing satu kerusi oleh Parti Ikatan Demokratik Malaysia serta PKR.

Pada 28 Februari 2020, Hasni kali pertama mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-18 bagi menggantikan Datuk Dr. Sahruddin Jamal dan sempat membentangkan dua Belanjawan Johor bagi tahun lalu dan tahun ini.

Beliau menjadi Menteri Besar ketiga sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan pada Mei 2018 bermula dengan Allahyarham Datuk Osman Sapian sejak 12 Mei hingga 8 April 2019.

Beliau berdepan cabaran besar apabila mengemudi Johor ketika negara berhadapan dengan pandemik Covid-19 sekali gus berlaku penutupan pintu sempadan antarabangsa antara negeri itu dengan Si­ngapura.-



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven



Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker