Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Umum Keluar PAS Serta Merta [VIDEO]

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Umum Keluar PAS Serta Merta

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, mengumumkan pendiriannya keluar daripada PAS, berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, tindakannya itu selari Fasal 15(1)(a) Perlembagaan PAS iaitu keberhentian ahli dengan permintaan sendiri dengan ia sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam pertemuan di Bangunan Parlimen, pada jam 2.30 petang tadi.



Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS itu bagaimanapun enggan mendedahkan alasan berhubung pendiriannya itu, selain menegaskan beliau akan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS atas peluang menjadi ahli selama 33 tahun, sejak 1989 dan seterusnya menjawat pelbagai jawatan kepemimpinan sejak 1999.

Pada 21 Februari lalu, Mohd Khairuddin dilapor mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha dan Ahli Majlis Syura Ulama PAS mengikut Fasal 8(7) perlembagaan parti itu.



Mohd Khairuddin berkata, beliau akan menyerahkan semua elaun bulanan sebagai Ahli Parlimen kepada PAS, bagi tempoh berbaki sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau yang juga bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, berkata pemulangan itu bagi memenuhi bai’ah ketika bertanding pada PRU-14.

“Saya mendoakan PAS terus maju jaya sebagai sebuah parti yang membawa agenda Islam.

“Sebagai muslim, saya akan terus memperjuangkan dasar PAS iaitu Islam, seruan PAS iaitu Allahu Akbar dan tujuan serta usaha PAS sebagaimana termaktub dalam Fasal 3, 4, 5 dan 6 Perlembagaan PAS yang semuanya selaras kehendak Islam.



“Saya menyeru semua ahli PAS untuk terus istiqamah dengan perjuangan PAS dan terus memperjuangkan Islam menerusi wadah PAS,” katanya.

Ditanya sama ada tindakannya itu dibuat berdasarkan pendedahannya berhubung cadangan kerjasama Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH), beliau bagaimanapun menyifatkan ia hanyalah tanggungjawabnya untuk memberi teguran kepada PAS.

“Ia adalah sebahagian daripada tugas saya untuk terus memberi pandangan. Maka saya akan terus memberi pandangan dan nasihat kepada semua parti politik di negara ini, termasuk PAS.

“Apa-apa sahaja ketidakselarasan dari sudut peraturan, akan saya tegur. Insya-Allah,” katanya.



Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Umum Keluar PAS Serta Merta

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker