PRN Johor: PAS tersungkur kali kedua

SHAH ALAM – “Pas akan berusaha lagi,” itu catatan pagi Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Facebooknya pada Ahad selepas gabungan Perikatan Nasional (PN) hanya memenangi tiga daripada 56 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Tuan Ibrahim juga berharap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Abdul Aziz Talib dapat melaksanakan mandat rakyat dengan bersungguh-sungguh.

Melalui catatan sama, Tuan Ibrahim turut mengucapkan terima kasih kepada petugas parti yang bekerja keras sepanjang PRN Johor bermula 26 Februari lalu sehingga 12 Mac.



“Semoga segala pengorbanan dan usaha gigih yang dicurahkan mendapat ganjaran di sisi ALLAH.

Terima kasih juga kepada seluruh pengundi Perikatan Nasional. Nilai undi yang diberikan sangat besar,” ujarnya.

Pada Sabtu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Barisan Nasional (BN) menang selesa melebihi majoriti dua pertiga apabila berjaya memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Menerusi keputusan rasmi tersebut, Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi 11 kerusi, diikuti PN tiga, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) masing-masing satu kerusi.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor



Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker