Pekerja GLC, GLIC akan dibayar minimum RM1,500 sebulan

Kerajaan komited untuk memastikan pekerja tetap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) menerima bayaran sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan.

Ketika menegaskan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata atas keprihatinan terhadap cabaran kos sara hidup dihadapi rakyat, kerajaan juga telah memastikan bahawa semua penjawat awam menerima gaji serta elaun berjumlah sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan.

“Tahap pendapatan minimum ini wajar diamalkan oleh sektor swasta bagi membantu pekerja menangani cabaran kos sara hidup, terutamanya bagi pekerja yang berpendapatan rendah,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Hari Terbuka GLC 2022 di Kuala Lumpur, hari ini.



Selain itu, sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa, perdana menteri turut menggesa agar setiap GLC yang tersenarai untuk mencapai tahap penyertaan wanita sekurang- kurangnya 30 peratus sebagai ahli lembaga pengarah menjelang mesyuarat agung tahunan pada 2023.

“Bukan sahaja sempena Hari Wanita Sedunia baru-baru ini, kita juga sepatutnya mengiktiraf secara berterusan peranan wanita sebagai pemimpin dan penyumbang penting kepada kemajuan sosioekonomi dan kemakmuran negara,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, ini juga seiring dengan langkah kerajaan menerusi Bajet 2022 yang mengumumkan bahawa semua syarikat tersenarai diwajibkan melantik sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita sebelum 1 Jun, 2023.

Dalam pada itu, beliau berkata bagi merealisasikan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kesemua GLC dan GLIC disarankan untuk mempunyai sasaran jangka masa sederhana dan pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.



“GLC dan GLIC menyumbang kira-kira RM445 bilion atau 25 peratus permodalan pasaran Bursa Malaysia, memberi pekerjaan langsung kepada setengah juta Keluarga Malaysia dan penyumbang terpenting dalam rantaian bekalan negara.

“Ia juga penting bagi mencapai aspirasi negara maju melalui RMK12 dalam pembangunan sosioekonomi negara serta keperluan menyusun semula dasar-dasar kerajaan dalam meningkatkan daya tahan rakyat serta daya saing Malaysia di pentas dunia,” katanya.

Perdana menteri berkata RMK12 turut menggambarkan peranan GLC dan GLIC yang diperkukuh dalam usaha memperluas pasaran eksport, membantu komuniti perusahaan dan menceburi sektor strategik baharu seperti Revolusi Industri 4.0 yang berteraskan penggunaan data raya dan analisis data.

Malah, beliau berkata GLC turut menjadi antara pemacu utama dalam menjayakan pelbagai inisiatif kerajaan menerusi Bajet 2022 seperti JaminKerja Keluarga Malaysia bernilai RM4.8 bilion dan program SemarakNiaga Keluarga Malaysia bernilai RM40 bilion.



– Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi



Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

PRN Johor: PKR melenting, MUDA balas balik

Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker