PRN Johor: MIC yakin dapat tapau 4 kerusi DUN

MIC yakin akan dapat memenangi semua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti itu pada pilihan raya negeri kali ini.

Naib Presiden MIC M Asojan berkata ini selepas suasana semasa politik negeri Johor dan angin pengundinya sangat berbeza berbanding PRU14 lalu.

“Saya percaya pengundi sudah tidak lagi percaya dengan pembangkang. Mereka sedar realitinya bahawa BN adalah pilihan baik yang mampu membawa kestabilan berbanding pembangkang yang sering bergaduh dan suka membuat janji-janji kosong.



“Rakyat mesra dengan calon-calon MIC. Mereka terima kami.

“Jadi, saya percaya tidak mustahil untuk MIC sapu bersih semua yang ditandingi,”

Pada PRN kali ini, MIC seperti sebelum ini bertanding di empat kerusi. Parti komponen BN itu, mengekalkan dua kerusi DUN Tenggaroh dan Kahang yang dimenangi pada PRU14.

Pada PRN kali ini, MIC turut bertanding dua kerusi baru di Kemelah dan Bukit Batu.



Pada PRU yang lalu, Asojan yang merupakan penyandang DUN Gambir sejak 2004 kalah kepada Muhyiddin Yassin.

Secara keseluruhan pada PRU lalu, MIC menang dua kerusi iaitu DUN Tenggaroh dan Kahang, manakala kalah di Skudai dan Gambir.

“Kami ramal kerusi Tenggaroh dan Kahang sudah pun berada dalam genggaman. Di Kemelah kami mempunyai kelebihan berbanding calon-calon parti lain.

“Peluang kami di Bukit Batu adalah 50-50, tapi kami masih mampu membuat kejutan di kerusi tersebut, sekiranya mengambil kira trend semasa pengundi yang lebih memihak kepada calon-calon BN,” kata Asojan lagi.



PRN Johor akan diadakan esok, 12 Mac dengan lebih 2.7 juta pengundi layak mengundi.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]



PRN Johor: PKR melenting, MUDA balas balik

Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker