PRN Johor: Wakil Rakyat Bukan Dari BN Punca Isu Jambatan Tak Selesai – Youzaimi

PRN Johor: Wakil Rakyat Bukan Dari BN Punca Isu Jambatan Tak Selesai – Youzaimi

MERSING : Kegagalan untuk mengatasi isu jambatan di Mersing didakwa berpunca daripada pimpinan terdahulu yang bukan dari dalam kalangan pemimpin UMNO-Barisan Nasional (BN).

Calon BN DUN Endau bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mohd Youzaimi Yusof berkata, hubungan yang tidak selari dalam pentadbiran kerajaan mengakibatkan isu tersebut terus tergendala.

“Janji-janji dah dibuat oleh wakil rakyat yang lepas untuk selesaikan tapi gagal sebab wakil rakyat dulu bukan dari UMNO-BN.

“Usaha nak selesaikan masalah jambatan jadi susah sebab tiada kestabilan politik dan hubungan wakil rakyat tempatan dan di peringkat negeri tidak selari,” katanya kepada Astro AWANI.



Tambahnya, segala isu yang berbangkit di Mersing termasuk pembinaan rumah kos rendah akan dapat diselesaikan sekiranya mandat dikembalikan kepada BN.

“Saya duduk di Mersing, bukan macam pemimpin dulu, nama saja wakil rakyat tapi tiada di kawasan Mersing.

“Kita pastikan isu terdahulu untuk diselesaikan seperti rumah kos rendah, jambatan yang sangat penting bagi saya,” katanya lagi.

Bercakap mengenai potensi kepercayaan dalam kalangan pengundi muda, Youzaimi yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Mersing yakin mampu untuk menambat hati golongan tersebut.



Keadaan itu katanya dapat dilihat sewaktu kehadiran pucuk pimpinan BN di Mersing yang mendapat sambutan menggalakkan termasuk aktiviti-aktiviti belia yang dianjurkan untuk anak muda.

BN bakal berdepan saingan empat penjuru membabitkan calon dari PN, PH, Pejuang, dan juga Bebas untuk kembali menakluk Endau.-AA

PRN Johor: Wakil Rakyat Bukan Dari BN Punca Isu Jambatan Tak Selesai – Youzaimi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker