Muhyiddin Akan Letak Jawatan Jika PN Kalah?

Oleh Nurul Aishah

PRESTASI Perikatan Nasional(PN) sangat teruk dalam beberapa siri Pilihan Raya Negeri sejak kebelakangan ini. Desas desus mula kedengaran bahawa Tan Sri Muhyiddin Yasin akan meletakkan jawatan jika PN kalah lagi dalam Pilihan Raya Negeri(PN) Johor ke 15 yang akan berlangsung esok.

Kekalahan teruk PN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka beberapa bulan lalu telah memberi tamparan yang hebat kepada parti Muhyiddin. Parti tersebut dilihat sudah tidak relevan dalam landskap politik negara.



Tambahan pula, Muhyiddin tanpa rasa malu menjadi “poster boy” PRN Melaka walaupun beliau tidak bertanding di negeri tersebut. Perkara yang sama berulang dalam PRN Johor dimana Muhyiddin turut menjadi “poster boy” walaupun tidak bertanding dalam pilihanraya ini.

Beliau seolah-olah mahu mengulangi kesalahan yang sama dalam dua pilihan raya negeri berbeza. Perkara ini mengundang kemarahan ahli parti. Mereka dikatakan akan mendesak Muhyiddin meletakkan jawatan sekiranya PN kalah teruk.

Muhyiddin perlu bertanggungjawab atas kerakusan beliau berpolitik sehingga gagal melihat keutamaan parti dari kepentingan peribadi yang terdesak mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

Selepas kegagalan PN dalam PRN Melaka, Muhyiddin diminta muhasabah diri dengan menghentikan budaya politik mengugut untuk menarik sokongan ke atas kerajaan diterajui BN kerana keputusan PRN Melaka jelas menunjukkan sikap beliau mengugut selama ini memakan dirinya sendiri.



Muhyiddin dikatakan selalu memberi tekanan dan cuba mengawal kerajaan pimpinan Ismail Sabri dengan membuat ugutan untuk menarik balik sokongan. Bukan di peringkat pusat sahaja, malah di Johor sebelum ini Muhyiddin ugut mahu tarik sokongan. Akhirnya PRN Johor terpaksa diadakan.

Rakyat Johor juga perlu tahu bahawa pengeluaran i-Citra buat kali terakhir gagal dilaksanakan berpunca dari Menteri Kabinet PPBM yang enggan menyokong pelaksanaannya walaupun usul telah dibawa dalam mesyuarat kabinet.

Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendesak secara berterusan agar pengeluaran i-citra buat kali terakhir diluluskan agar ianya dapat membantu mangsa-mangsa banjir yang terkesan dengan sangat teruk untuk memulakan hidup baru dan bangkit selepas ditimpa musibah.

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker