Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]
Not For Sale! Arowana Kembar Siam Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]
Dua ikan jenis Malaysian Goldfish Arowana yang bercantum pada bahagian perut sejak lahir atau ‘kembar siam’ menjadi tumpuan ramai di media sosial.
Mana tidaknya, kedudukan kedua ekor ikan dalam keadaan terbalik menambahkan lagi rasa ingin tahu netizen berkenaan penjagaan serta pemakanan ikan berkenaan.
Pemiliknya, Arham Aziz, 34, berkata, dia baru sahaja membeli ikan kembar siam itu daripada rakannya kira-kira sebulan lalu pada harga RM2,000.
“Awalnya, kawan (pemilik asal) memang tak nak jualkan ikan kembar siam itu kepada saya. Ambil masa lama juga untuk pujuk dia (sebelum dijual).
“Ada juga yang (sudah) menghubungi saya untuk membeli ikan kembar ini namun saya beritahu mereka ia bukan untuk dijual,” katanya.
VIDEO DIBAWAH:-
Bercerita lanjut mengenai pasangan kembar siam itu, Arham berkata, ikan peliharaannya itu diletakkan dalam akuarium kecil bagi memudahkan ia makan seperti biasa kerana tidak dapat berenang dengan laju seperti ikan lain.
“Cara penjagaan dia pun sama sahaja seperti ikan lain. Namun, ikan kembar ini tak boleh diletakkan dalam air yang terlalu tinggi kerana susah untuk dia berenang.
“Sebab itu juga, saya letakkan dia di akuarium yang lebih kecil untuk dia senang cari makan dan tak penat untuk mengejar makanan dia.
“Bagaimanapun, daripada segi pemakanan itu sama sahaja. Ikan yang berada di bawah juga boleh makan sendiri sekiranya ada ikan-ikan kecil berenang berdekatan,” katanya.
Arham berkata, dia mengumpul ikan spesies Malaysian Golden Arowana serta Super Red Kalimantan sebagai hobi dan sehingga kini sudah mempunyai 50 ekor ikan.
Katanya, sebagai seorang pengumpul dan juga peniaga ikan, dia tidak menafikan rezeki ‘bertambah’ selepas menjaga ikan istimewa atau kembar siam itu.
Tambahnya, dia juga kini banyak menjalankan perniagaan import dan mengeksport ikan sekiranya mendapat permintaan dari luar negara.-HM
Not For Sale! Arowana Kembar Siam Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin kata pengundi Cina jangan takut, PAS sudah tinggalkan Hudud
- Tok Mat lipat Tajuddin
- Krisis Rusia-Ukraine: Jeneral Perang Rusia Dibunuh Penembak Tepat Di Ukraine
- PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]
Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]