Warga Emas Maut Digilis Treler Kerana Gagal Memotong

Warga Emas Maut Digilis Treler Kerana Gagal Memotong

KLANG: Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas sebelum digilis sebuah treler di Jalan Pelabuhan Barat berhampiran pintu masuk pelabuhan di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 72 tahun dipercayai gagal memotong sebuah kenderaan sebelum terbabas sejurus tiba di lokasi kejadian sekitar jam 3.20 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati nahas berlaku semasa lelaki tersebut dalam perjalanan menuju ke Westport menunggang sebuah motosikal jenis Modenas MR1.

“Mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan namun gagal mengawal motosikalnya sebelum terjatuh dan digilis oleh treler dari arah yang sama,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa yang bekerja sebagai pemandu kren disahkan maut di tempat kejadian ekoran kecederaan parah dialaminya.

Katanya, pemandu treler berkenaan merupakan seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.-SH

Warga Emas Maut Digilis Treler Kerana Gagal Memotong

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker