Tiada Kerosakan Berlaku Di Plaza Tol Awan Besar – KESAS

Tiada kerosakan berlaku di Plaza Tol Awan Besar – KESAS

KESAS Sdn. Bhd. (KESAS) menafikan dakwaan Plaza Tol Awan Besar di Lebuh Raya Shah Alam (LSA) terpaksa melaksanakan kutipan tol secara manual susulan mengalami kerosakan akibat banjir.

Sambil menyifatkan ia kenyataan tidak benar Ketua Pegawai Operasinya, Mohamed Shah Samin berkata, pihaknya menggunakan peralatan elektronik mudah alih untuk kutipan tol semasa banjir pada 7 Mac lalu bagi melancarkan kesesakan trafik.

“KESAS menggunakan peralatan elektronik mudah bagi memastikan pengurusan transaksi tol berjalan lancar dari pukul 6.30 petang hingga 9.45 malam di Plaza Tol Awan Besar (Timur).

“Sistem kutipan tol kembali berfungsi seperti sediakala selepas air banjir surut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis.

Sebelum ini, Mohamed Shah memaklumkan, hujan lebat berlarutan pada 7 Mac 2022 mengakibatkan beberapa lokasi di LSA ditenggelami banjir kilat.

Katanya, taburan hujan di luar jangkaan mencatatkan rekod melebihi 80mm dan dikategorikan ‘Sangat Lebat’ di bawah skala intensiti hujan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Peningkatan paras air di Sungai Kuyoh mengakibatkan limpahan air ke sistem saliran LSA dan menenggelamkan beberapa lokasi sepanjang LSA,” katanya.-AA

Tiada kerosakan berlaku di Plaza Tol Awan Besar – KESAS

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker