Pesawat ringan tergelincir di Melaka

Pesawat ringan tergelincir di Melaka

MELAKA: Seorang pelatih yang sedang menjalani latihan penerbangan berdepan detik cemas apabila pesawat ringan dipandunya hilang kawalan semasa mendarat.

Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit, berkata kejadian tersebut dilaporkan berlaku sekitar 12.16 tengah hari tadi, di landasan RWY 21 Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam.



“Pesawat itu dikendalikan oleh pelatih wanita berusia 23 tahun dan melibatkan sebuah pesawat International Aero Training Academy Sdn Bhd (IATAC) jenis Piper 28, dalam latihan penerbangan sebelum ia hilang kawalan semasa mendarat di RWY 21.

“Tindakan telah diambil di Post 1 untuk ketibaan ambulans,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, pesawat tersebut berjaya dikeluarkan sepenuhnya dari lokasi pada 12.50 tengah hari, manakala juruterbang dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan, kecuali hanya merasa sakit di bahagian dada akibat kesan hentakan dan dihantar ke Hospital Melaka,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, belum ada laporan secara rasmi dibuat kepada pihak polis. FMT



Pesawat ringan tergelincir di Melaka

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor



Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)



Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker