Tujuh ditahan dalangi sindiket dadah bernilai lebih setengah juta ringgit di Lembah Klang

Tujuh ditahan dalangi sindiket dadah bernilai lebih setengah juta ringgit di Lembah KlangTujuh ditahan dalangi sindiket dadah bernilai lebih setengah juta ringgit di Lembah Klang

Polis menahan tujuh individu termasuk tiga warga Vietnam dipercayai terlibat dengan sindiket pengedaran dadah di ibu kota dan Selangor pada Selasa lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon, suspek terdiri daripada empat lelaki warga tempatan dan tiga wanita warga Vietnam berusia antara 23 hingga 32 tahun.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan di dua buah kondominium berasingan iaitu di Taman Miharja, Kuala Lumpur dan Seri Kembangan, Selangor.

“Hasil pemeriksaan di kondominium terbabit polis merampas serbuk MDMA 7.44kg, Pil Ecstasy 450 biji, ganja 15.14 gram dan cecair MDMA 12.15 liter dengan keseluruhan nilai sebanyak RM462,462.85.

“Turut dirampas sebuah kenderaan jenis Perodua Axia dan Volkswagen Passat serta wang tunai RM4,481. Keseluruhan nilai rampasan adalah sebanyak RM539,943.85,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, ujian saringan urin mendapati kesemua suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kesemua suspek juga ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama seminggu bermula 1 Jun.

Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

“Melalui tangkapan ini pihak polis berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah didalangi warga tempatan dan asing yang dikesan aktif selama empat bulan di sekitar Lembah Klang,” kata beliau lagi. Awani

Tujuh ditahan dalangi sindiket dadah bernilai lebih setengah juta ringgit di Lembah Klang


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Sindiket guna surat rentas negeri palsu tumpas, 6 diberkas bawa dadah RM7.2 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker