PRN Johor: Muhyiddin jelas tidak yakin dengan calon MB sendiri

JOHOR BAHRU: Kegagalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan calon menteri besar lebih awal seolah-olah tidak mempercayai 56 calon diketengahkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, malah tindakan Muhyiddin mengumumkan dirinya sebagai penasihat ekonomi Johor jika PN menang pada 12 Mac ini juga memberi isyarat tiada keyakinan dalam kalangan calon PN bertanding.

Katanya, gambaran itu jelas menunjukkan Muhyiddin bukan sahaja tidak yakin kepada rakan sekutunya Pas tetapi parti diketuainya sendiri, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).



“Semua orang bertanding kena tunjukkan keyakinan kemenangan, itu biasalah. Tetapi dalam pilihan raya, perlu membentangkan calon-calonnya siapa yang bakal diangkat menjadi menteri besar, siapa yang hendak memberi kepemimpinan.

“Jangan jadi macam dahulu, dua orang menjadi menteri besar daripada parti sama kemudian kedua-duanya gagal sebagai menteri besar. Pokoknya, bagi Perikatan Nasional atau Bersatu yang menjadi tonggaknya, perlu ada seorang pemimpin besar di Johor,” katanya ditemui di sini.

Menurut Shahrir, menamakan calon menteri besar sangat penting kerana parti yang bertanding 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pastinya bertujuan membentuk kerajaan negeri.

Kata Shahrir, berbanding PN, BN Johor lebih awal mengetengahkan nama Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad sebagai calon menteri besar.



Malah ketika PRN Melaka, BN meletakkan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sebagai bakal ketua menteri, sekali gus pengundi jelas dengan tawaran BN.

“Siapa untuk menjadi pemimpin jika mereka menang pilihan raya Johor? Takkan beliau (Muhyiddin) hanya menyatakan menjadi penasihat ekonomi boleh memberikan keyakinan kepada pengundi, ia tidak munasabah.

“PN yang bertanding sama jumlah kerusi dengan BN tidak tahu siapa jadi menteri besar. Hanya tawaran Muhyiddin sebagai penasihat ekonomi, ini maknanya 56 campur satu untuk standby plus one,” kata Shahrir. – UTUSAN

PRN Johor: Muhyiddin jelas tidak yakin dengan calon MB sendiri



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]



Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker