Krisis Rusia-Ukraine: Krisis Ekonomi Bakal Berlaku Akibat Sekatan Ke atas Rusia, IMF Beri Amaran

Krisis Rusia-Ukraine: Krisis Ekonomi Bakal Berlaku Akibat Sekatan Ke atas Rusia, IMF Beri Amaran

WASHINGTON – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran bahawa negara-negara yang memiliki hubungan ekonomi rapat dengan Rusia berkemungkinan mengalami kekurangan atau gangguan bekalan, lapor stesen penyiaran CNN, kelmarin.

“Perang yang berterusan dan sekatan yang berkaitan juga akan memberi kesan teruk kepada ekonomi global,” demikian menurut kenyataan IMF.

Selepas satu mesyuarat diadakan dengan Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva, IMF berkata, impak serius dalam sektor ekonomi sedang berlaku di rantau Eropah.

Harga minyak dan gandum telah melonjak sekali gus menambah kesan inflasi daripada pandemik Covid-19 dan gangguan rantaian bekalan global.

“Kejutan harga akan memberi kesan di seluruh dunia, terutamanya kepada isi rumah yang miskin dan bahan api kini merupakan bahagian perbelanjaan yang lebih tinggi.

“Sekiranya konflik meningkat, kerosakan ekonomi akan menjadi lebih dahsyat.”

Organisasi itu juga mengingatkan pihak berkuasa monetari di seluruh dunia untuk memantau dengan teliti kenaikan harga di negara mereka dan dasar harus dilaksanakan untuk melindungi isi rumah yang terdedah dari segi ekonomi.

Dalam pada itu, IMF memaklumkan pihaknya akan membentangkan permohonan dana kecemasan dari Ukraine yang berjumlah AS$1.4 bilion (RM5.8 bilion) kepada lembaga eksekutifnya seawal minggu hadapan. –

Krisis Rusia-Ukraine: Krisis Ekonomi Bakal Berlaku Akibat Sekatan Ke atas Rusia, IMF Beri Amaran

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker