Desakan Pemuda UMNO sekat penjualan aset Tabung Haji langkah tepat
SHAH ALAM – Pemuda UMNO menyatakan desakan kuat agar kerajaan campur tangan dalam jualan lambak aset-aset Tabung Haji (TH) sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah iaitu di bawah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujhadi Yusof adalah tepat.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sekiranya 76.2 peratus keluasan ladang sawit milik TH yang berjumlah 101,000 hektar yang diputuskan kerajaan PH berjaya dijual, sudah tentu TH Plantation Bhd (THP) tidak mengaut keuntungan sebelum cukai yang naik ke RM138 juta tahun lepas berbanding kerugian yang dialami pada tahun 2019 dan 2018.
“Tabung Haji ketika pentadbiran kerajaan PH yang dalam gabungan itu ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disuruh menjual 76.2 peratus daripada keluasan ladang sawit mereka sebab pada masa itu dikatakan membebankan ekoran harga sawit rendah.
“Selepas menjadi kerajaan PN (Perikatan Nasional), menteri Bersatu masih meluluskan penjualan TH Plantations. Kami yang dedahkan penjualan ini. Kami yang kuat membantah, kami yang berjuang bagi semua umat Islam yang mencarum dalam TH. Ini duit pakcik, makcik, abah, ibu kita. Akhirnya kami berjaya hentikan penjualan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Isnin.
Pada Februari lalu, THP melaporkan peningkatan keuntungan bersih hampir tiga kali ganda iaitu sebanyak RM101.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 berbanding RM27.5 juta pada tahun sebelumnya.
Pendapatannya meningkat 37.1 peratus kepada RM760.8 juta berbanding RM 555.1 juta sebelumnya, katanya dalam satu kenyataan.
THP juga menunjukkan peningkatan dari segi operasi, yang mana ia mencatat keuntungan kasar sebanyak RM252.8 juta, lebih tinggi berbanding RM177.2 juta tahun lalu.
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, harga sawit pada ketika ini telah mencecah RM7,000 satu tan dan jika penjualan ladang berkenaan berjaya, ia satu kerugian.
“Bayangkan kerugian ini yang begitu besar sekali sekiranya ladang-ladang itu berjaya dijual ketika ini apabila harga sawit telah cecah RM7,000 satu tan,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin kata pengundi Cina jangan takut, PAS sudah tinggalkan Hudud
- Tok Mat lipat Tajuddin
- Krisis Rusia-Ukraine: Jeneral Perang Rusia Dibunuh Penembak Tepat Di Ukraine
- PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]
Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]
Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin