Pakaian seragam ke sekolah tidak wajib tetapi digalakkan

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan murid supaya memakai pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan baharu dibuka pada 21 Mac ini.

Namun, kelonggaran diberikan kepada murid yang tidak mempunyai pakaian yang sesuai dan mereka akan diberi kelonggaran untuk hadir ke sekolah dengan pakaian sopan juga bersesuaian.

Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, seperti sesi persekolahan sebelumnya, ibu bapa yang memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan disiplin.

“Bagaimanapun, ibu bapa dan penjaga perlu memaklumkan ketidakhadiran murid kepada pihak sekolah untuk tujuan rekod,” katanya menerusi satu rakaman video di laman Facebook beliau, hari ini.

Katanya, bagi ujian saringan kendiri Covid-19 pula, 10 peratus daripada murid sekolah rendah akan menjalani ujian kendiri di rumah.

Radzi berkata, pihak sekolah akan bekalkan kit ujian kendiri kepada murid berkenaan dan melaksanakan ujian itu di rumah sebelum memaklumkan keputusannya kepada pihak sekolah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker