KJ sahkan Malaysia akan terima ubat antiviral rawat Covid-19

KUALA LUMPUR: Ubat antiviral bagi rawatan Covid-19, Paxlovid keluaran Pfizer, dijangka mula diterima dalam tempoh dua minggu, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bagi perolehan fasa pertama, katanya, Malaysia membeli bekalan untuk 110,000 pesakit yang berisiko tinggi.

“Kalau kita dapati penggunaan Paxlovid berkesan seperti maklumat yang kita terima, kita akan tambah pembelian daripada Pfizer.



“Ada dua lagi yang kita akan beli (iaitu) Molnupiravir dan satu lagi daripada AstraZeneca, tetapi belum dimuktamadkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Dialisis Tahunan kali ke-16 Yayasan Buah Pinggang Kebangsan (NKF) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Khairy turut mencadangkan satu ciri baharu ditambah di aplikasi MySejahtera bagi memudahkan orang ramai berikrar untuk menjadi penderma organ.

Beliau berkata, usaha itu perlu memandangkan negara kini berhadapan peningkatan pesakit buah pinggang kronik, manakala jumlah individu yang berikrar sebagai penderma organ semakin berkurangan.

“Saya akan cuba yang terbaik dan jadikan lebih mudah untuk orang ramai berikrar dermakan organ. Saya sedang cuba untuk MySejahtera tambah ‘butang’, (di mana) hanya dengan tekan butang tersebut dapat berikrar jadi penderma organ,” katanya.



Beliau berkata, pada 2016, lebih 40,000 pesakit buah pinggang kronik bergantung kepada rawatan dialisis dan berdasarkan unjuran mengikut trend ini, jumlah pesakit dijangka meningkat kepada 100,000 pesakit.

Khairy berkata, langkah pencegahan dan pengesanan penyakit kronik menerusi saringan kesihatan juga perlu dijadikan budaya.

Justeru, kerajaan telah melaksanakan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) bagi membantu golongan itu membuat saringan kesihatan secara percuma, tambahnya.

Namun, beliau berkata, daripada lima juta individu yang layak menjalani saringan kesihatan bawah PeKa B40, kurang 12% telah membuat saringan kesihatan.




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah



Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?



Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker