“Saya Tidak Akan Lupa Sokongan Orang Benut Dan Saya Datang Dari Benut,” kata Hasni

“Saya Tidak Akan Lupa Sokongan Orang Benut Dan Saya Datang Dari Benut,” kata Hasni

“Saya tidak akan lupa bahawa saya datang dari Benut,” kata Menteri Besar Datuk Hasni Mohamad sambil menegaskan bahawa pembangunan di Benut yang terletak di dalam daerah Pontian itu akan terus dekat dihatinya.

Hasni yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor berkata beliau akan berusaha membawa pembangunan ke Benut bagi mengubah suasana dan landskapnya supaya kawasan itu tidak hanya terkenal dengan burasak iaitu makanan tradisi masyarakat Bugis.



“Saya tidak akan lupa bahawa saya datang dari Benut dan mendapat sokongan daripada orang Benut, tentunya cara untuk membangunkan Benut menjadi keutamaan saya.

“Kita akan cuba ubah suasana dan keadaan landskap Benut, bukan hanya terkenal dengan burasak sahaja. Kita akan bawa banyak lagi program pembangunan ke tempat ini. Benut tiada kurangnya dengan kawasan lain (di Johor) yang boleh kita banggakan,” katanya.

Hasni berkata demikian ketika melancarkan antologi puisi ‘Untukmu Yang Bertandang’ di Rumah Citra Sri Pinang, Benut di sini hari ini.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut itu berkata beliau akan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar negeri ini sekiranya BN diberi mandat pada 12 Mac ini.

Beliau berkata sekolah menengah agama berasrama penuh akan dibina di Benut sekali gus boleh menjadi sumber membekalkan tenaga pelajar bagi memenuhi pembangunan Kolej Universiti Islam Johor yang sedang dirancang.



Menurut Hasni, pembangunan tersebut selari dengan hasrat untuk membangunkan ‘Education Avenue’ di sepanjang pekan Benut.

“Ini kerana di sepanjang jalan utama Benut ini terdapat sekolah-sekolah dan kita telah mulakan langkah untuk mengubah landskap dan juga ciri-ciri yang ada di pekan Benut ini supaya ia memiliki aspek pemodenan yang boleh diperkenalkan di Benut ini.

“Saya yakin dan percaya itu akan menjadi pencetus kepada pembangunan seterusnya,” katanya.– BERNAMA

“Saya Tidak Akan Lupa Sokongan Orang Benut Dan Saya Datang Dari Benut,” kata Hasni



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker