Bantu Pencarum KWSP ‘Nazak’ Dan Kerajaan Perlu Proaktif – Penganalisis

Bantu Pencarum KWSP ‘Nazak’ Dan Kerajaan Perlu Proaktif – Penganalisis

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mampu untuk mencapai matlamat simpanan minimum boleh dibantu kerajaan dengan suntikan pinjaman.

Bagi Pensyarah Pusat Pembangunan Siswazah Perniagaan UNIRAZAK, Prof. Barjoyai Bardai, inisiatif drastik itu dapat membantu menyelesaikan permasalahan kewangan sebahagian besar pencarum yang tidak mempunyai pendapatan setimpal dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.



Caranya, golongan yang kurang simpanan ini boleh dikelaskan kepada beberapa kumpulan mengikut umur, bergantung kepada baki tempoh caruman mereka sehingga usia persaraan 60 tahun.

“Berasaskan kepada itu kita boleh ‘simulate’ ke belakang, berapa banyak mereka perlukan untuk mencapai matlamat, katakan RM240,000 dan kerajaan boleh lakukan inisiatif dengan meminjamkan modal kepada mereka.

“Misalnya kalau mereka ada 20 tahun lagi dan mereka memerlukan RM100,000, jadi kerajaan pinjamkan jumlah itu, masukkan ke dalam akaun mereka dan kerajaan boleh mengenakan kos modal contohnya 1 setengah peratus atau dua peratus,” kata beliau.

Jelas Prof. Barjoyai, jika setiap tahun pencarum terbabit mendapat dividen antara lima hingga enam peratus, mereka berpeluang untuk memperoleh RM240,000 yang disasarkan menjelang usia 60 tahun pada masa sama mampu untuk membayar semula pinjaman kerajaan yang diterima.

Dengan cara ini menurut Prof. Barjoyai, ia dapat mewujudkan situasi menang-menang di mana kerajaan tidak rugi dan pencarum terlibat memperoleh untung.

Ia juga katanya lebih mudah dilaksanakan kepada pencarum yang tempoh carumannya masih panjang berbanding mereka yang tinggal beberapa tahun lagi untuk bersara.



“Pada saya sebenarnya semua orang patut mempunyai matlamat simpanan RM1 juta kerana ini boleh dicapai sekiranya mereka mula mencarum pada umur 20 atau 25 tahun dengan gaji RM2,000 dan simpanan itu tidak diusik sehingga mereka berusia 60 tahun.

“Namun kebanyakan mereka menggunakan wang simpanan KWSP untuk membeli rumah dan kereta, menyebabkan ramai berdepan simpanan persaraan yang tidak mencukupi,” katanya.-AA

Bantu Pencarum KWSP ‘Nazak’ Dan Kerajaan Perlu Proaktif – Penganalisis

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker