Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai persoal urusan zakat sesuatu yang biadap

 

ALOR SETAR: Tindakan Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai mempersoal urusan zakat negeri di Parlimen adalah tidak wajar kerana beliau sepatutnya memahami bahawa soal zakat dan hal ehwal agama Islam yang terletak di bawah kuasa Sultan Kedah.

Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, pihaknya  menyarankan supaya Ming Kai bertandang ke Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sendiri untuk belajar soal zakat dan memahami konsep zakat itu.

“Memandangkan Ahli Parlimen Alor Setar itu bukan beragama Islam, soal zakat di negeri Kedah tidak perlulah beliau sibuk. Kita pun selama ini tidak pernah persoalkan tentang hal ehwal wang kesatuan dan kebajikan agama lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Mohd. Johan Rizal yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar berkata, tindakan Ahli Parlimen itu bertanyakan soal hal ehwal zakat Kedah di Parlimen jelas menunjukkan beliau ‘buta’ tentang Perlembagaan Persekutuan malah  tidak tahu tentang bidang kuasa Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

“Beliau sebagai Ahli Parlimen patut tahu tentang kandungan Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Untuk makluman Chan Ming Kai, wang hasil kutipan zakat bukan hak milik mana-mana kerajaan atau rakyat Malaysia, sebaliknya adalah ia adalah hak milik penuh Baitulmal yang diuruskan Lembaga Zakat Negeri untuk maslahat kepentingan umat Islam yang layak di negeri itu, “ katanya

Ming Kai dalam satu hantaran di media sosialnya semalam berkongsi satu surat makluman daripada Dewan Rakyat tentang soalan jawab lisan, meminta Perdana Menteri menyatakan yayasan yang berdaftar dengan Lembaga Zakat setiap negeri yang melayakkan agihan zakat serta terimaan zakat bagi yayasan setiap tahun.

Bagaimanapun, soalan tersebut telah ditolak atas alasan perkara itu terkandung dalam Senarai Negeri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker