Dividen tinggi: KWSP berjaya atasi kesan pandemik

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) me­ngumumkan agihan dividen seba­nyak 6.1 peratus untuk sim­panan konvensional dan 5.65 peratus untuk sya­riah ba­gi tahun kewangan 2021, nilai tertinggi yang dicatatkan sejak 2018.

Dana persaraan itu memperuntukkan RM56.72 bilion bagi pengagihan dividen yang mana RM50.45 bilion untuk simpanan konvensional dan RM6.27 bilion bagi syariah.

Bagi 2020, KWSP yang terkesan dengan pandemik Covid-19 hanya mengagihkan masing-masing 5.2 peratus dan 4.9 peratus bagi simpanan konvensional dan syariah.

KWSP yang juga antara dana persaraan ter­besar di dunia mem­punyai seramai 15.2 juta ahli, dengan 7.7 juta daripadanya pencarum aktif manakala maji­kan berdaftar berjumlah 553,000.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kadar itu adalah yang terbaik mengambil kira senario ekonomi mencabar pada tahun dilaporkan.

“Alhamdulillah, kita bersyu­kur dapat agihan yang le­bih tinggi, kita berharap pencarum KWSP pun seronok. Jaminan yang kita boleh beri, kita akan cuba sedaya upaya apa yang kita boleh buat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat KWSP di sini, semalam.

Dividen itu lebih tinggi berbanding dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) iaitu li­ma sen seunit.
Amir Hamzah berkata, kese­luruhan aset pelaburan KWSP meningkat 0.8 peratus kepada RM1.01 trilion daripada RM1.0 trilion pada 2020.

Tambahnya, setakat 31 Di­sem­ber 2021, KWSP catat pe­­ningkatan 6 peratus dalam pen­­­­dapatan pe­laburan kasar kepada RM67.06 bilion daripada RM63.45 bilion tahun sebe­lumnya.

Katanya, keadaan itu didorong oleh pemulihan pasaran ekuiti dan kelas aset semasa pemulihan global.

Menurut beliau, pengkreditan divi­den akan dilaksanakan Ahad ini.

Jelasnya, berdasarkan kelas aset, instrumen pendapatan tetap merangkumi 45 peratus daripada pelaburan, manakala ekuiti (44 peratus), hartanah dan infrastruktur serta instrumen pasaran wang masing-ma­sing sebanyak 6 dan 5 peratus.

“Aset luar negara KWSP me­rupakan penyumbang kritikal kepada prestasi keseluruhan di mana kepelbagaian kelas aset, pasaran dan mata wang memberikan kestabilan kepada pendapatan dan nilai tambah ke­seluruhan pulangan KSWP.

“Setakat Disember 2021, sekitar 37 peratus daripada aset pelaburan KWSP adalah di luar Malaysia dan merentasi pelbagai kelas aset,” jelasnya.

Amir Hamzah berkata, KWSP percaya dengan pembukaan semula ekonomi dan perniagaan, serta pelbagai inisiatif di bawah Pelan Pemulihan EKonomi Negara, akan menyediakan landasan yang baik untuk dana pencen itu mening­katkan kecekapan pelaburan dan memanfaatkan peluang daripada inisiatif pemulihan.

“Untuk itu, KWSP akan me­ningkatkan pelaburannya ke dalam pelbagai kelas aset domestik pada 2022. Sebagai pelabur utama dalam pasaran kewangan Malaysia, ini juga akan membantu memangkin aktiviti ekonomi dan pemulihan ekonomi yang berterusan,” katanya.

Mengulas peperangan Rusia-Ukraine dan kesannya kepada pelaburan KWSP, beliau berkata, pelaburan KWSP bersifat jangka panjang dan pelaburan di luar negara tiada kesan material secara langsung.

Mengenai gesaan banyak pihak supaya KWSP membenarkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000, Amir Hamzah berpendapat, rakyat perlu faham mandat yang di­terima oleh KWSP adalah untuk menolong ahli mencapai kadar simpanan mencukupi pada hari persaraan mereka.

Katanya, tiga skim yang dilaksanakan sebelum ini iaitu i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra adalah tepat pada masanya untuk KWSP menolong ahli-ahlinya yang terkesan ketika itu.

“Saya harap kita tak payah­lah keluarkan lagi, kerana negara sudah mula masuk tahap pemulihan dan KWSP pula boleh kembali kepada mandatnya menolong ahli membina simpanan persaraan,” katanya.

Menurut beliau, pengeluaran sebanyak RM101 bilion akibat pandemik telah menyebabkan 48 peratus ahli KWSP mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka, dan KWSP berharap dividen dan prestasi berterusan akan membantunya membina semula simpanan persaraan ahli.

Ditanya kadar caruman sedia ada perlu ditingkatkan untuk membantu ahli kembali meningkatkan simpanan, Amir Hamzah berpendapat, buat masa sekarang KWSP menolong 6.1 juta ahlinya yang mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dengan memberikan pulangan dividen yang baik, menggalakkan caruman sukarela termasuk di kalangan mereka yang me­lakukan kerja sambilan, namun tidak mencarum

Dividen tinggi: KWSP berjaya atasi kesan pandemik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker