Bintang UFC Conor McGregor Berminat Pertimbang Beli Chelsea

Bintang UFC Conor McGregor Berminat Pertimbang Beli Chelsea

BINTANG UFC, Conor McGregor, berminat untuk membeli Chelsea di celah-celah laporan bahawa Roman Abramovich mahu menjual kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Abramovich membeli juara Eropah itu pada 2003 dan pada Rabu mengesahkan sedang mencari pemilik baru, tetapi tidak akan mengambil langkah terburu-buru.



Pemilik berusia 55 tahun itu terlebih dahulu menyerahkan hak ‘pengelolaan dan penjagaan’ kelab London berkenaan kepada pemegang amanah di bawah yayasannya berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Sebelum itu, jutawan Switzerland, Hansjorg Wyss, mendedahkan dia antara mereka yang ditawarkan untuk mengambil alih pemilikan Chelsea.

McGregor kemudian tampil menyatakan minat dengan membuat tawaran sebanyak £3 bilion (RM16.8b).

Atlet Ireland itu menciap di Twitter: “Saya ingin meneroka (peluang) @ChelseaFC ini.”

McGregor pernah mengisytiharkan di media sosial bahawa dia sedia melakukan perubahan besar di Manchester United sekiranya dia membeli kelab itu.

Dalam masa sama, Wyss memberitahu akhbar Switzerland, Blick, bahawa dia hanya akan bersedia untuk membuat pembelian sekiranya dia dapat membentuk sebuah konsortium daripada pelabur.



Bintang UFC Conor McGregor Berminat Pertimbang Beli Chelsea

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker