10 Majikan Paling Popular Menurut Tinjauan Tahunan Malaysia’s 100 Leading Graduate Employers

Sepanjang 14 edisi Tinjauan Malaysia’s 100 Leading Graduate Employers, Maybank telah berjaya mengungguli senarai majikan yang paling digemari oleh para pelajar dan graduan. Ini adalah kali ke-6 mereka meraih kemenangan.

Tinjauan Malaysia’s 100 Leading Graduate Employers adalah sebuah kajian karier bagi para graduan yang dianjurkan oleh GTI Media.

Tinjauan ini dijalankan untuk memilih majikan selepas tamat pengajian, serta mengenal pasti faktor yang mempengaruhi aspirasi pencarian pekerjaan
mereka.



Hasil tinjauan terkini telah berjaya mengumpulkan sejumlah 32,180 maklum balas pelajar-pelajar Malaysia daripada 175 buah universiti awam, swasta dan luar negara. Secara keseluruhannya, industri perbankan terus kekal dipilih sebagai sektor pekerjaan yang
popular dalam kalangan para pelajar dan graduan Malaysia.

Hal ini berpunca daripada industri perbankan yang mampu untuk menyediakan pekerjaan yang stabil secara berterusan kepada pekerja mereka walaupun menempuh saat-saat mencabar akibat penularan Covid-19. Berikut adalah kedudukan 10 majikan dipilih pelajar dan graduan untuk bekerja di Malaysia:

Juara keseluruhan:  Maybank
2. RHB Banking Group
3. PETRONAS
4. Bank Negara Malaysia
5. Shopee
6. EY
7. PwC
8. Intel Malaysia
9. Keysight Technologies
10. Nestlé



Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan majikan seorang graduan adalah untuk bekerja di bawah pemimpin yang berwibawa, diikuti dengan mengutamakan perkembangan dan pembangunan sahsiah peribadi serta mencari latihan dan
peluang peningkatan kemahiran.

Menurut Encik Isaac Hee, Pengarah Urusan di GTI Media Malaysia, aspirasi graduan pada masa kini adalah bertujuan untuk membina masa hadapan yang cerah untuk diri dan masyarakat.

Tempoh pandemik yang berpanjangan telah mendedahkan ketidakstabilan dan kelemahan yang wujud sama ada di tempat kerja atau persekitaran. “Hal ini mendorong para pelajar dan graduan kita agar memiliki cita-cita dalam
menghadapi cabaran pada masa kini,” kata Hee.

Hee menyarankan supaya majikan memberi peluang kepada graduan untuk berinteraksi dengan penyelia mereka semasa proses pemilihan dan penilaian pekerja. “Ini akan memberi peluang untuk mereka mengenali penyelianya yang akan
bekerjasama dan memahami budaya kepemimpinan yang diterapkan dalam organisasi,” tambahnya lagi.



Tiga fakta menarik berdasarkan data terperinci daripada tinjauan adalah:

1. 89% graduan menunjukkan kebimbangan purata gaji graduan tidak sepadan dengan peningkatan kos sara hidup di bandar-bandar utama.

2. 90% graduan bersetuju bahawa unsur-unsur etika dan moral memainkan peranan penting dalam pemilihan majikan, manakala 80% graduan merasakan
pentingnya sumbangan sesuatu kerjaya kepada tujuan hidup yang tidak terbatas.



3. Hanya 29% daripada para graduan sahaja yang merancang untuk memulakan perniagaan sama ada semasa atau selepas tamat pengajian. Senarai penuh kedudukan Tinjauan Malaysia’s 100 Leading Graduate Employers dan
data-data yang terperinci boleh didapati di malaysias100.com.

Untuk menyaksikan semula Anugerah M100 Awards, layari https://youtu.be/93F8-0Xj4EU.

 


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]



PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker