Ukraine bebaskan banduan bantu perang dengan Rusia
KYIV: Presiden Volodymyr Zelensky memaklumkan mana-mana banduan Ukraine yang mempunyai pengalaman bertempur mempunyai peluang untuk dibebaskan dari penjara.
Malah, kata pemimpin itu, mereka akan dibenarkan berkhidmat kepada masyarakat dan negara dengan bertempur di barisan hadapan menentang tentera Rusia.
Lapor Daily Mail, Zelensky dalam video ucapan berkata, golongan banduan kini dapat ‘menebus kesalahan mereka di medan perang’.
“Di bawah undang-undang tentera, banduan Ukraine yang mempunyai pengalaman bertempur akan dibebaskan dari penjara dan berpeluang menebus kesalahan mereka di kawasan konflik.
“Kami sedar keputusan itu tidak mudah dari segi aspek moral. Namun, jika dilihat sudut pertahanan pula, ia amat berguna.
“Pertahanan negara kini menjadi keutamaan yang paling penting bagi kami,” katanya.
Sementara itu, Zelensky menggesa Kesatuan Eropah (EU) menjadikan Ukraine sebagai negara anggota blok itu dengan segera, dalam menghadapi serangan Rusia.
“Kami memohon EU memberikan keahlian segera kepada Ukraine menerusi prosedur khas baharu.
“Matlamat kami adalah untuk bersama dengan Eropah dan yang paling penting berada pada kedudukan sama. Sudah pastinya ia menjadi lebih adil,” katanya.
Pemimpin berusia 44 tahun itu mengeluarkan rakaman video itu ketika pegawai Ukraine dan Rusia mengadakan rundingan bersemuka pertama sejak Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan tenteranya menyerang negara itu pada Khamis lalu.
Selain itu, Zelensky berkata, seramai 16 kanak-kanak maut dan 45 lagi cedera dalam tempoh empat hari pertama sejak serangan Moscow.
Baca Artikel Menarik:
- PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
- Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin
You must be logged in to post a comment.