Had tempoh jawatan PM kurang 10 tahun akan dibentang di Parlimen

Pindaan perlembagaan bagi memasukkan peruntukan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun akan dibentang dalam sesi Parlimen bulan ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Dalam jawapan bertulis kepada Madius Tangau (Tuaran-UPKO), Wan Junaidi berkata, satu Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) bagi mengkaji peruntukan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun telah ditubuhkan merangkumi wakil kerajaan dan pembangkang.

Katanya, satu bengkel juga diadakan bersama wakil berkenaan bagi tujuan penetapan dasar pada 25 Jan lalu.



“Sesi libat urus telah diadakan dengan Ahli Parlimen Dewan Rakyat (kerajaan) dan Dewan Negara pada 8 Februari 2022 dan juga Ahli Parlimen Dewan Rakyat (pembangkang).

“Pindaan perlembagaan bagi peruntukan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun akan dibentangkan pada sesi Parlimen Mac ini,” katanya.

Cadangan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun adalah antara intipati yang terkandung dalam perjanjian persefahaman yang ditandatangani antara Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata, Rang Undang-Undang Parlimen 2022 dan pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347) akan dibentang dalam sesi Parlimen Julai ini.



Had tempoh jawatan PM kurang 10 tahun akan dibentang di Parlimen


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]



Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)



PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker