PRN Johor: Pakatan Harapan dikompuan Pejabat Kesihatan JB

Ceramah umum pertama Pakatan Harapan (PH) di DUN Kota Iskandar malam tadi dikenakan kompaun sebanyak RM3,000 oleh Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru.

Ceramah bagi membantu kempen calon Kota Iskandar, Dzkefly Ahmad itu dihadiri Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan turut menampilkan calon PH bagi kerusi DUN Perling, Liew Chin Tong dan calon Muda di Puteri Wangsa, Amira Aisyah Abd Aziz.

Mohamad menamatkan ceramah yang terletak di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru itu pada pukul 10 malam, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).



Bagaimanapun, kakitangan kesihatan yang memantau ceramah selama dua jam itu mendekati penganjur selepas sidang media ringkas yang diadakan oleh Mohamad dan calon-calon PRN berkenaan.

Pegawai berkenaan memaklumkan kepada Dzulkefly bahawa tiga kompaun sebanyak RM1,000 setiap satu dikeluarkan kerana melanggar SOP pencegahan Covid-19 semasa ceramah itu diadakan.

Kompaun itu dikeluarkan kerana kegagalan penceramah memakai pelitup muka semasa berucap; kegagalan penganjur menyediakan pintu masuk dan keluar dengan kod MySejahtera dengan betul; serta kerusi yang ditempatkan di khemah tidak mematuhi jarak ditetapkan.

Dzulkelfly memberitahu pegawai kesihatan berkenaan bahawa ia adalah ceramah umum pertama PH di Kota Iskandar dan mereka akan membuat penambahbaikan pada masa akan datang.



Pegawai kesihatan berkenaan berkata penganjur telah diberi notis dan pegawai mereka telah menggunakan budi bicara dalam menjalankan tugas.

Perbincangan antara Dzulkelfly dan pihak berkuasa kesihatan berlaku selama kira-kira 15 minit sebelum notis dikeluarkan untuk ketiga-tiga kompaun itu.

Ceramah Muda

Turut kelihatan pada ceramah itu ialah calon Muda untuk Bukit Permai, Azrol Rahani,. Terdahulu, program Muda yang dihadirinya malam semalam turut dihentikan.



Pengurus kempen Azrol dan ahli jawatankuasa eksekutif pusat Muda, Dr Mathen Nair mendakwa petugas kesihatan bertindak menghentikan ceramah walaupun mereka telah mendapat permit.

“Pegawai kesihatan mahu menghentikan ceramah kerana kami mengadakannya di pekarangan pejabat, bukannya di dalam bangunan pejabat.

“Apabila kami berhujah bahawa premis bangunan yang kami sewa betul-betul berada dalam kawasan sendiri, mereka kemudian tanya sama ada kami memiliki pajakan di pejabat itu, di mana sudah tentu kami ada, tapi kami tak nampak apa kaitannya,” kata Mathen.

“Kami mematuhi semua SOP, memberi notis kepada pihak berkuasa dan mendapatkan semua permit yang diperlukan, tapi berulang kali, kami dianiaya apabila parti politik lain dapat adakan perhimpunan besar-besaran,” katanya.



Berdasarkan SOP pencegahan Covid-19 untuk PRN Johor, ceramah hanya dibenarkan di pejabat parti dan bilik gerakan rasmi, dengan penyertaan terhad kepada 100 orang.

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin



Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker