Dakwaan rasuah Wan Saiful, Muhyiddin terima perletakkan jawatan

 

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengesahkan peletakan jawatan Wan Saiful Wan Jan sebagai ketua penerangan parti itu berkuat kuasa hari ini.

Ia selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu mengumumkan keputusannya untuk mengundur diri daripada jawatan tersebut.



“Saya dah jumpa dengan Wan Saiful – YB Tasek Gelugor pagi tadi dan lepas kita berbincang, dia setuju untuk letak jawatan sebagai ketua penerangan Bersatu berkuat kuasa hari ini.

“Ini bukan kerana kita kata dia sudah bersalah tapi tetapkan satu  standard yang kita nak tunjukkan kerana berhadapan dengan tuduhan supaya tak timbulkan apa-apa salah pandangan terhadap Bersatu,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Dia berkata demikian sewaktu majlis pelancaran misi dan dana bantuan ahli parlimen PN untuk mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Turut hadir Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dan pemimpin-pemimpin PAS.



Semalam Wan Saiful mengumumkan cadangannya untuk melepaskan jawatan tersebut selepas berdepan dua pertuduhan mahkamah membabitkan dakwaan rasuah sebanyak RM6.9 juta semalam.

Muhyiddin yang juga pengerusi PN berkata keputusan Wan Saiful itu adalah tindakan yang bermaruah dan dihargainya.

Menurut Muhyiddin lagi, dengan peletakan jawatan Wan Saiful itu tugas penerangan parti – yang penting menjelang PRN tidak lama lagi – akan digalas oleh pemimpin lain.

Katanya pengganti Wan Saiful akan dilantik secepat mungkin.



“Jadi orang itu akan meneruskan kerja-kerja baik yang telahpun dibuat oleh YB Datuk Wan Saiful,” katanya.

Dia juga berharap langkah diambil Bersatu itu dapat mengelak sebarang tanggapan negatif terhadap parti.

“Jadi ia (peletakan jawatan) sikap yang cukup mulia, supaya dengan langkah ini kita dapat berhadapan dengan rakyat atas dasar yang bermaruah.

“Ini bukan menghukum tapi sukarela yang saya rasa sangat bermaruah,” katanya.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]



Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker