DUN paling menarik PRN Johor

PRN Johor 12 Mac

SEKITAR 10 hari lagi kita akan menyaksikan rakyat Johor membuang undi memilih 56 ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) itu. Seramai 239 calon mewakili pelbagai parti disahkan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-15 pada hari penamaan calon Sabtu lalu.

Apa yang menarik, PRN Johor kali ini banyak mencatatkan sejarah baharu buat landskap politik di Malaysia yang mana PRN ini merupakan pilihan raya ketiga selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada Ogos 2021. Ia juga menjadi yang pertama di mana pengundi berumur 18 hingga 20 tahun layak mengundi selepas pewartaan pindaan perlembagaan pada 15 Disember 2021.

Buat pertama kali, PRN Johor kali ini juga mencatatkan sejarah apabila terdapat saingan sehingga tujuh penjuru di dua DUN iaitu DUN Kempas dan DUN Tiram.

Terdapat tiga calon Bebas yang menyertai DUN Kempas, selain salah seorang calon DUN itu ialah anak sulung kepada bekas Menteri Besar Johor ke-16, Datuk Osman Sapian.

Berbeza dengan bapanya yang bertanding sebelum ini atas tiket Bersatu, Nornekman Osman akan bertanding mewakili parti Pejuang.

Selain Nornekman, antara kerusi yang ditandingi oleh ahli keluarga pemimpin negara ialah DUN Machap iaitu Datuk Onn Hafiz Ghazi yang merupakan cicit kepada pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar serta cucu kepada bekas Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn.

Seperti sedia maklum, PRN Johor kali ini juga mencatatkan hampir 750,000 pengundi baharu dan pastinya rata-rata parti juga akan meletakkan calon-calon muda atau muka baharu untuk memenangi hati rakyat.

 

CALON TERMUDA BUKAN DARI MUDA

Antara yang menarik perhatian ramai adalah Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang buat pertama kalinya bertanding secara rasmi di PRN Johor, namun agak mengejutkan apabila calon termuda bukanlah dalam kalangan parti itu.

Terdapat 60 calon yang berumur 40 tahun ke bawah dan calon termuda bagi PRN Johor kali ini berusia 26 tahun dari DUN Mengkibol iaitu Kelly Chye Pei Yee dari parti Barisan Nasional (BN) dan DUN Tangkak, Muhammad Airel Zabridin dari Pejuang.

Sementara itu, terdapat 43 calon yang berumur 60 tahun ke atas dan calon tertua dipegang oleh DUN Bukit Permai iaitu Tosrin Jarvanthi yang berumur 71 tahun dari Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu, kita menyaksikan kerusi yang bakal dipertandingkan oleh bekas menteri dan timbalan menteri di DUN Simpang Jeram, Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH) dan DUN Rengit, Bekas Timbalan Menteri Pelajaran II, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi (BN).

Tidak ketinggalan DUN Perling, Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong (DAP) dan DUN Machap, Bekas Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Pejuang).

Satu lagi DUN yang hangat dipertandingkan oleh bekas menteri adalah kerusi saingan empat penjuru DUN Layang-Layang yang menjadi ‘perebutan’ antara Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Marina Ibrahim dan Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dari PKR yang dikatakan bakal menjadi Menteri Besar Johor seterusnya.

Selain itu, kita juga bakal menyaksikan kerusi dipertandingkan oleh bekas-bekas Menteri Besar Johor sebelum ini di DUN Bukit Kepong iaitu Datuk Dr Sahruddin Jamal (PN) yang menjadi Menteri Besar Johor ke-17 dan DUN Benut iaitu Datuk Hasni Mohammad (BN) yang merupakan Menteri Besar Johor ke-18 menggantikan Sahruddin pada tahun 2020.

Ahli-ahli Parlimen turut merebut peluang untuk bertanding dalam PRN Johor kali ini melalui DUN Machap iaitu Ahli Parlimen Sri Gading, Shahruddin (Pejuang); DUN Layang-Layang, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee (PKR), DUN Simpang Jeram; ahli Parlimen Pulai, Salahuddin (PH) dan DUN Puteri Wangsa, Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon (PBM).

Dalam pada itu, kerusi ditandingi pemimpin-pemimpin kanan parti ialah DUN Simpang Jeram iaitu Timbalan Presiden Parti Amanah, Salahuddin (PH); DUN Rengit, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi (BN) dan DUN Perling, Pengerusi DAP Johor, Chin Tong (PH).

DUN Puteri Wangsa iaitu DUN ‘kerusi Gred A’ untuk pembangkang yang menjadi perebutan turut diwakili oleh pemimpin parti seperti Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd Aziz dan Naib Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Steven Chong.

Akhir sekali, terdapat kerusi yang ditandingi rakan komponen dalam parti pembangkang buat pertama kali yang mencetuskan pelbagai kontroversi iaitu DUN Larkin yang mempertemukan Rasid Abu Bakar dari parti Muda dan Dr Zamil Najwah Arbain dari PKR.

Ini DUN paling menarik PRN Johor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker