Polis sudah kenal pasti punca nahas empat beranak maut

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan pemandu pikap yang terbabas sebelum merempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki empat sekeluarga hingga maut, negatif dadah hasil ujian saringan air kencing.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, berkata keterangan pemandu Toyota Hilux itu juga sudah dirakam bagi membantu siasatan.

“Kita tidak tahan pemandu itu selepas mangambil kira pandangan doktor bahawa lelaki berkenaan cedera tulang belakang dan menggunakan pendakap pinggang.

“Pada masa sama, kita sudah kenal pasti punca sebenar kemalangan, namun tidak boleh kongsikan butirannya. Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya Kuala Lumpur esok, untuk arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada Ahad lalu, media melaporkan kemalangan mengorbankan nyawa empat beranak termasuk dua kanak-kanak di Lebuhraya Sultan Iskandar berhampiran Wisma Tani, apabila sebuah pikap terbabas ketika melalui jalan berselekoh di situ.

Dalam nahas kira-kira jam 11.20 pagi itu, Toyota Hilux dipandu seorang lelaki dikatakan dalam perjalanan dari Bangi ke Selayang.

Siasatan awal polis mendapati kemalangan berlaku apabila Toyota Hilux dipandu dari Mahameru ke Jalan Tun Razak dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas di selekoh tempat kejadian.

Pikap berkenaan kemudian melanggar pokok di pembahagi jalan, sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh Hyundai Starex dinaiki empat sekeluarga dari Jalan Tun Razak.

Polis sudah kenal pasti punca nahas empat beranak maut


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker