Dahulu budak penghantar piza, kini miliki harta lebih RM5 bilion

Francis bermula dari permulaan yang sederhana. – Ben Francis/Instagram

LONDON – Seorang lelaki muda di Britain yang mula bekerja sebagai penghantar piza kini hidup mewah selepas menubuhkan sebuah syarikat di garaj rumah ibu bapanya, lapor akhbar Daily Star semalam.

, 30, telah menubuhkan sebuah syarikat pakaian sukan jenama Gymshark pada 2012. Pakaiannya kini dimiliki oleh ramai ahli sukan, selebriti dan peminat pakaian sukan di seluruh dunia.

Francis kini menjana pendapatan sehingga £1 bilion (RM5.1 bilion) dan mampu membiayai percutian mewah, memiliki motosikal mahal dan berkahwin dengan seorang model kecergasan. Hidupnya kini jauh lebih baik  daripada menjadi seorang budak penghantar pizza di Birmingham.

Syarikatnya yang berpangkalan di Solihull, West Midlands berasal dari permulaan yang sederhana, lapor akhbar The Sun.



Francis pada awalnya menceburi bidang perniagaan suplemen kesihatan sebelum meninggalkan perusahaan itu kerana tidak mendapat keuntungan seperti diharapkan.

Titik tolak kejayaan Francis bermula ketika dia sukar untuk mencari pakaian gimnasium yang disukainya. Francis memutuskan untuk membuatnya sendiri dengan meminta neneknya mengajar cara menjahit.

Francis ketika itu masih belajar sepenuh masa di Universiti Aston, Birmingham sambil bekerja sebagai penghantar piza.

Dia mula meraih keuntungan selepas menawarkan pakaiannya di pasaran selain berhenti belajar untuk menguruskan Gymshark dan dua perniagaan lain secara sepenuh masa.



Jenama itu akhirnya melonjak popular dengan 5.8 juta pengikut di laman Instagram. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee



Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker