PRN Johor: DAP bidas Warisan mahu rebut undi masyarakat Cina

PASIR GUDANG: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa kehadiran Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hanya untuk mengganggu dan memecah undi masyarakat Cina dan bukan bertujuan melakar kemenangan.

Menurut beliau, perkara itu boleh dilihat apabila parti berasal dari Sabah itu hanya meletakkan calon di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja di mana tindakan itu tidak akan mengubah struktur pentadbiran kerajaan negeri akan datang.

“Kami hormati hak mereka (Warisan) untuk turut bertanding dalam PRN Johor ini, namun tindakan mereka hanya akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).



“Sekiranya keputusan mereka menyertai PRN ini bukan untuk menang dan menubuhkan kerajaan, jadi mengapa sertai dari awal, enam kerusi apa perubahan yang boleh mereka lakukan,” katanya selepas menyertai sesi santai calon DAP DUN Johor Jaya, Liow Cai Tung di Pasar Pagi Johor Jaya, di sini.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Bagan itu berharap calon daripada Warisan membuat keputusan untuk tidak bertanding kerana itu adalah tindakan terbaik untuk blok pembangkang menewaskan parti kerajaan.

Tambah Guan Eng, pihaknya yakin calon DAP mampu melakar kemenangan di kerusi ditandingi mereka atas rekod yang baik khususnya dalam memberi khidmat kepada masyarakat setempat.

“Kemenangan ini adalah penting kerana ia akan menyumbang kepada penubuhan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) yang baharu,” ujarnya.



Sementara itu, Liow Cai Tung yang juga penyandang kerusi DUN Johor Jaya turut memberitahu, keputusan dibuat Warisan bertanding di kawasan berkenaan tidak dibuat secara ikhlas untuk berkhidmat.

“Kali ini Warisan datang ke Semenanjung, saya anggap mereka datang hanya mahu ganggu undi kita dan mereka tidak membawa keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat atau penduduk di sini.

“Saya harap pengundi di sini sedar akan perkara itu dan berikan undi kepada individu dan calon yang lebih layak dan telah berkhidmat bagi masyarakat setempat,” jelasnya.

PRN Johor: DAP bidas Warisan mahu rebut undi masyarakat Cina




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]



Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)



PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker