Polis akan lengkapkan siasatan terhadap suami bekas Gabenor BNM selepas sempadan dibuka

Polis tidak dapat melengkapkan kertas siasatan terhadap Tawfiq Ayman, suami bekas Gabenor Bank Negara (BNM,Zeti Akhtar Aziz, berhubung dakwaan menerima dana berkaitan 1MDB kerana sempadan antara Malaysia dan Singapura masih ditutup.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Mas Ermieyati Samsudin, berkata Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan polis untuk membuat siasatan lanjut di Singapura namun sempadan masih ditutup.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada 14 Okt 2021 dan 7 Dis 2021.

“Bagaimanapun kertas siasatan telah dikembalikan semula kepada polis pada 21 Dis 2021 untuk beberapa tindakan siasatan lanjut di Singapura.

“Memandangkan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura telah ditutup sehingga kini, maka tindakan seterusnya akan diambil selepas pembukaan kedua-dua negara,” katanya menurut laporan Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika mesyuarat Kamar Khas mengenai usul Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk membincangkan perkara didedahkan oleh bekas pegawai Goldman Sachs Tim Leissner, terutama berkenaan BNM.

Mas Ermieyati berkata, pada masa ini SPRM menumpukan usaha mendapatkan semula aset dari negara seperti Switzerland, Kuwait, Mauritius, Cyprus dan Hong Kong, melibatkan individu berkaitan 1MDB.

Leissner ketika memberi keterangan di mahkamah di Amerika Syarikat, menyebut mengenai rasuah melibatkan Tawfiq.

Namun, dia tidak dapat mengesahkan secara bebas sama ada rasuah itu memang diberikan atau tidak.

Tawfiq kemudian menafikan dakwaan itu dan berkata, dia tidak kenal Leissner dan Roger Ng, seorang lagi bekas pegawai Goldman Sachs.

Polis sebelum ini berkata, siasatan akan dijalankan terhadap Tawfiq atas dakwaan menerima dana berkaitan 1MDB menerusi akaun di sebuah bank di Singapura, yang didaftarkan dengan namanya.

Siasatan dijalankan menurut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA).

Polis akan lengkapkan siasatan terhadap suami bekas Gabenor BNM selepas sempadan dibuka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

One Comment

  1. Itu pon nak tunggu border bukak …… so veri the inkompeten. Macam tak de avenue lain.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker