Warga Ukraine melutut depan kereta kebal Rusia
KIEV – Seorang lelaki Ukraine nyaris maut apabila cuba menghalang pergerakan kereta kebal tentera Rusia di sebuah bandar di negara itu baru-baru ini.
Lelaki itu kelihatan berdiri bagi menghalang kemaraan barisan kereta kebal Rusia tanpa memegang sebarang senjata api di bandar berkenaan.
Dalam rakaman video itu, sekumpulan penduduk tempatan menyaksikan pergerakan kereta-kereta kebal tersebut.
Namun, lelaki berkenaan didapati memanjat badan kereta kebal tersebut menyebabkan pergerakan kenderaan tempur itu berhenti buat seketika.
Apabila kereta kebal itu berhenti, lelaki berkenaan kemudian turun dari kenderaan tempur tersebut.
Dia kemudian melutut di depan kereta kebal itu.
Bagaimanapun, beberapa orang bertindak menarik lelaki itu supaya tidak menghalang pergerakan kereta kebal tersebut demi keselamatan dirinya.
Pada Khamis lalu, tentera Rusia menceroboh Ukraine apabila Presiden Vladimir Putin mengisytiharkan perang ke atas negara itu atas alasan mahu melindungi penduduk awam.
Putin mendakwa kerajaan negara itu melakukan genosid ke atas penduduk awam yang berbahasa Rusia di negara berkenaan. – Agensi
Warga Ukraine melutut depan kereta kebal Rusia
Baca Artikel Menarik:
- PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
- Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin