Tudung Fazura dijual 200,000 dalam tempoh sejam

Tudung Fazura dijual 200,000 dalam tempoh sejam

Aktres popular, Fazura berjaya meraih jualan RM5.4 juta dalam tempoh sejam apabila 200,000 helai koleksi tudung terbaharunya, Rahmat Ramadan habis terjual secara atas talian (online).

Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 39, menjual produk itu berharga RM27 sehelai yang laris ibarat ‘pisang goreng panas’.

“Masya-Allah, tabarakallah. Segalanya milik Allah SWT. Koleksi (tudung) Rahmat Rama­dan telah terjual laris seba­nyak 200,000 helai dalam tempoh sejam.

“Saya rasa sangat bersyukur atas sokongan orang ramai yang membawa kepada kejayaan yang sangat luar biasa ini,” ujarnya menerusi coretan di Instagram.

Menerusi ruangan komen, ramai peminat pelakon itu termasuk rakan selebriti meluahkan rasa kecewa kerana tidak sempat membeli koleksi tudung terbaharu miliknya.

Pelakon, Lisa Surihani antara yang tidak sempat menyambar tudung Fazura kerana sudah kehabisan stok.

Bagaimanapun Fazura bermurah hati ingin menghadiahkan tudung miliknya kepada Lisa.

“Adikku mahu yang mana? Saya rela beri kepada awak tudung saya,” katanya.

Terdahulu sekitar Ogos tahun lalu, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu menerusi jenama tudung sama pernah mencatatkan jualan RM2.16 juta selepas keluaran Tudung Fazura berjaya terjual 80,000 helai dalam tempoh dua jam. MG

Tudung Fazura dijual 200,000 dalam tempoh sejam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker