MUDA bidas PKR, DUN Larkin tiada perjanjian dalam PRN Johor
BUKIT KEPONG – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menjelaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang perjanjian dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) susulan pertembungan kedua-dua parti itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengasas bersama Muda, Nurafiqah M Zulkifli berkata, selain itu mereka juga tidak berada dalam Pakatan Harapan (PH).
“Mungkin orang salah faham keberadaan YB (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) apabila berada sepentas pada majlis pelancaran PH+Muda.
“Secara jelas ia adalah pakatan pilihan raya. Bagi saya, pada masa ini, perjanjian kami hanyalah pada DAP dan Amanah. Bila orang kata kami pengkhianat dan sebagainya, saya rasa pelik juga,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan Utama Muda pada Ahad.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilapor kecewa dengan Muda kerana meletakkan calon bertanding di kerusi DUN Larkin pada PRN Johor.
Nurafiqah yang merupakan calon Muda bagi DUN Bukit Kepong juga memberi contoh menerusi perjanjian yang ditandatangani bersama DAP dan Amanah, mereka mengikutinya dan tidak ‘melanggar’ parti terbabit dalam PRN Johor.
“Apabila kami tandatangan perjanjian bersama DAP dan Amanah, kami ikuti dan tidak langgar DAP serta Amanah.
“Semangat setiakawan tidak boleh menafikan hak demokrasi. Sebab perkara itu bukan melalui pintu belakang. Ia adalah pentas terbuka.
“Kalau nak kata tikam kawan, kami juga mempunyai kawan-kawan daripada UMNO, Pejuang tetapi apabila pilihan raya kita bertanding secara sihat,” ujarnya.
Baca Artikel Menarik:
- PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
- Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin
PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP