PRNJohor: Pelancaran manifesto BN pada 1 Mac bertemakan kestabilan

PRNJohor: Pelancaran manifesto BN pada 1 Mac bertemakan kestabilan

Barisan Nasional (BN) akan melancarkan manifesto bagi pilihan raya negeri (PRN) Johor pada 1 Mac depan, kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

Beliau berkata, manifesto tersebut bertemakan kestabilan masa depan negeri Johor.



“Sebagaimana yang sudah kita lihat di mana tema manifesto kestabilan masa depan, kita tidak hendak merahsiakannya kerana kestabilan demi kemakmuran telah berjaya memenangi PRN Melaka. Jadi di Johor ini temanya ialah kestabilan demi masa depan,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, BN komited ingin mengembalikan Johor sebagai negeri termaju di Malaysia, di bawah kepimpinan calon Menteri Besar parti itu, Hasni Mohammad.

Beliau berharap, kesemua 56 calon BN pada PRN Johor ini terus berusaha gigih untuk menemui pengundi di kawasan masing-masing, menggunakan pelbagai kaedah sama ada secara bersemuka atau menerusi alam maya.

“(Kita mahu) sampaikan kepada anak-anak muda di luar sana bahawa, hasrat anak muda menginginkan pendidikan tinggi, kemahiran tinggi – majoriti atau hampir kesemuanya disediakan dan dilaksanakan Umno dan BN.



“Peluang pekerjaan, perniagaan, rumah mampu milik, adalah janji BN untuk orang muda dan semua masyarakat. Bagi terus memastikan kestabilan, kita ingin jadikan kawasan luar bandar ini ‘luar biasa’,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian.

Mengenai jaminan BN untuk menunaikan manifesto tersebut, beliau berkata, kerajaan daripada parti gabungan itu tidak pernah gagal dalam menunaikan janji-janji di dalam manifesto, semasa pentadbiran mereka.

“Manifesto yang tidak ditunai ini adalah Pakatan Harapan (PH), yang di dalamnya ada Bersatu kerana dalam PH 100 hari ada 10 janji utama, dan banyak yang tidak ditunaikan.

“Saya bagi pihak Umno khususnya BN, amat yakin bahawa jika diberi mandat, kandungan manifesto (kami) akan ditunaikan,” katanya. FMT



PRNJohor: Pelancaran manifesto BN pada 1 Mac bertemakan kestabilan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19



Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker