Agensi Angkasa Lepas Rusia Ancam Gugurkan ISS Ke Atas AS, Eropah

MOSCOW – Agensi Angkasa Lepas Rusia(Roscomos)  mengeluarkan ancaman untuk menjatuhkan Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) ke arah negara-negara yang melaksanakan sekatan ekonomi ke atas Moscow ketika peperangan berlangsung dengan Ukraine, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Ketua Roscomos, Dimitry Rogozin menyatakan ancaman itu dalam kenyataan di Twitter sebagai membalas pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengenai sekatan yang dikenakan ke atas Rusia.

“Siapa yang akan menyelamatkan ISS sekiranya ia keluar dari orbit?” kata Rogozin.

Dalam beberapa kenyataannya di Twitter,  Rogozin turut menyenaraikan India, China, AS dan Eropah sebagai pilihan untuk menjatuhkan stesen seberat 500,000 kilogram (kg) itu.

“Jika anda menyekat kerjasama dengan kami, siapa yang akan menyelamatkan ISS daripada keluar dari orbit dalam keadaan di luar kawalan dan jatuh ke atas AS atau Eropah?

“Kami juga mempunyai pilihan untuk menjatuhkan struktur seberat 500,000 kg itu ke atas India dan China. Adakah anda mahu mengancam mereka dengan prospek seperti itu?

Biden sebelum itu mengumumkan untuk menghentikan import teknologi kepada Rusia dalam usaha untuk memperlahankan keupayaan ketenteraan berteknologi tinggi. – AGENSI

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker