Polis trafik jaga jalan sambil berdangdut menghiburkan pengguna jalan raya

Tangkap layar menunjukkan seorang polis trafik berjoget lagu dangdut ketika bertugas. – Instagram

JAKARTA – Aksi seorang polis trafik di Indonesia mengawal lalu lintas sambil berjoget lagu dangdut menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com, semalam.

Menerusi video yang dimuat naik di @underc0ver.id, polis yang memakai uniform lengkap dengan topi putih dan rompi berwarna hijau neon gembira berjoget ketika menjalankan tugas,

Telatah polis trafik itu mengundang komen positif daripada warga net yang memuji itu tandanya dia sangat mencintai kariernya.

“Begini baru terbukti cintai pekerjaan anda walaupun penat menjalankan tugas seharian,” komen seorang pengguna media sosial.



“Pemandu kenderaan juga boleh hilang tekanan melihat gaya polis ini menari,” komen seorang lagi. – Agensi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19



Dakwaan petunjuk baharu MH370



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker