Tiada lagi sekatan Covid-19 di England bermula Khamis ini
LONDON: Bermula Khamis ini, semua sekatan Covid-19 di England akan dimansuhkan, termasuk keperluan kuarantin kendiri bagi pesakit Covid-19.
Menerusi temu bual bersama BBC, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memaklumkan, penarikan semua sekatan Covid-19 ini bakal menjadi kayu pengukur untuk melihat sama ada rakyat England boleh hidup dengan virus maut itu atau sebaliknya.
“Covid-19 tetap ada dan menjadi satu daripada jangkitan paling berbahaya di dunia, namun kita juga sudah sampai ke satu tahap yang menyaksikan kita boleh menyeimbangkan jangkitan dengan kehidupan harian.
“Selepas ini, bergantung kepada anda semua bagaimana untuk menjalani kehidupan dengan Covid-19 dan anda juga menentukan bagaimana untuk mengelak atau menghindari jangkitan,” katanya.
Selain itu, pihak berkuasa juga perlu memantau penularan berdasarkan data dan capaian sebelum ini, sama seperti menguruskan penyakit kritikal yang lain.
Ujian calitan Covid-19 dan kit air liur juga tidak lagi diberikan secara percuma, termasuk bayaran 500 pound (RM2,850) kepada kumpulan pekerja berpendapatan rendah yang perlu menjalani kuarantin.
Dalam pada itu, Johnson dikritik hebat oleh pelbagai pihak berhubung keputusan tersebut yang disifatkan sama seperti ‘mengisytiharkan kemenangan sebelum berperang’.
Banyak pihak beranggapan langkah terburu-buru itu dilakukan bagi menutup masalah yang dihadapi Johnson berhubung skandal parti semasa perintah berkurung sebelum ini.
Menteri Kesihatan bagi parti pembangkang, Wes Streeting berkata, rakyat mahu kerajaan menunjukkan bukti saintifik mengenai langkah yang diambil Johnson sama ada tepat atau sebaliknya kerana keadaan ketika ini ‘belum selamat sepenuhnya’.
“Jelas menunjukkan Johnson mahu mengisytiharkan kemenangan sebelum perang, selain mahu menunjukkan beliaulah ‘hero’ dalam krisis Covid-19 ini,” ujarnya.
Selain itu, Pengerusi Persatuan Perubatan Britain (BMA), Dr. Mike Tildesley juga menzahirkan kebimbangan dengan langkah membenarkan pesakit Covid-19 melakukan aktiviti harian tanpa sekatan.
Jelas beliau, tindakan itu hanya menyebabkan kes jangkitan meningkat dan lebih ramai golongan terdedah.
Tildesley turut menyifatkan keputusan Johnson sebagai ‘pelik’ kerana masih ramai yang maut akibat virus tersebut.
Tiada lagi sekatan Covid-19 di England bermula Khamis ini
Baca Artikel Menarik:
- Chef Wan fitnah saya – Shikin Maembong
- Kerja Pengerusi MPN tak selesai nak jadi Penasihat Johor
- Khairuddin buktikan kejantanan! Umum letak jawatan
- Sumpah LAKNAT: Zahid sedia, Muhyiddin ada berani?
- Nak saya jadi juri, buat yang ini dahulu – Hattan
- Pusat kesihatan rupanya sarang pelacuran
- Lelaki Ini Berani Sungguh Dan Selamba Bersenam Di Balkoni Tingkat 12 Pangsapuri [VIDEO]
- Buaya ‘merayau’ terkejut kerana ditangkap
- Datuk Seri berimej warak rupanya scammer skim pelaburan
- Nak bocor apa, orang awam pun tahu kewangan negara – Tengku Zafrul
- Tinggalkan UMNO satu ibadah, dalil terbaru Muhyiddin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar
Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)
You must be logged in to post a comment.